Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : 1. alat (spt cangkuk) utk menutup (merapatkan) baju dll yg berbelah; 2. butang (baju dll); 3. = pengancing alat spt selak dll utk mengunci (menutup) pintu (tingkap dll); ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut (penyakit tetanus); berkancing 1. memakai kancing; 2. berkunci dgn kancing: pintu yg tak ~ itu kutolak; mengancing menutup dgn kancing; ~ baju kemejanya; semua pintu astana dikancingnya; mengancingkan menutupkan (baju, pintu, dll) dgn kancing; terkancing terkunci, tertutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : ; ~ baju sj tumbuhan (herba), daun rotan, rumput juak, subang puteri batik, Bidens pilosa; ~ baju jantan sj tumbuhan (herba), katub perenggang, rumput sekepet burit, rumput teki, Kyllinga bervifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : 1 benda pipih yg dibuat drpd tulang, logam dll dan digunakan utk menutup bahagian pakaian yg berbelah; butang. 2 = pengancing alat (spt selak) utk mengunci pintu dsb. ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut disebabkan oleh sj bakteria. berkancing 1 memakai kancing. 2 berkunci dgn kancing. mengancing menutup baju, pintu dll dgn kancing. terkancing tertutup; terkunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kan.cing] | کانچيڠ

Definisi : ist jalan yg sempit di celah-celah pergunungan atau bukit; genting: Terdapat beberapa ~ yg agak rendah melalui Banjaran Rocky. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kancing (kata nama)
1. Dalam konteks baju
bersinonim dengan butang, gancu, kafling, pin, zip,

2. Dalam konteks pintu
bersinonim dengan belan, selak, pengancing,

Kata Terbitan : berkancing, mengancingkan, terkancing,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, terjemahan yang merujuk kepada jam tangan, perkataan Clasp adalah kancing, Buckle juga kancing, tapi terdapat gabungan dua perkataan ini Clasp Buckle, apakah terjemahannya dalam bahasa Melayu? Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "clasp buckle". Istilah untuk "clasp" ialah kancing atau cangkuk. Istilah untuk "buckle" ialah kancing atau gancu.  Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "clasp buckle" ialah kancing.Istilah03.04.2013
Salam. Saya ingin bertanya apakah terjemahan untuk "Toggle" bagi frasa "Bracelet Lock: Toggle" seperti dalam gambar yang saya lampirkan. Adakah kancing togel? atau kancing ruas? terima kasihUntuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat istilah "toggle closing" yang padanan bahasa Melayunya ialah kancing ruas. Oleh itu, terjemahan yang kami cadangkan untuk "toggle" ialah kancing ruas.Istilah02.05.2013
Salam. Saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi "Push back posts" iaitu merupakan sejenis kancing anting-anting seperti yang dilampirkan. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "push back posts". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kancing tolak.Istilah08.05.2013
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerongsang? Dalam Kamus Dewan. rawan untuk kancing baju, adakah penggunaan rawan juga sesuai untuk kerongsang? Atau, kerongsang tidak perlu ada penjodoh bilangan? 2)Yang mana satukah yang betul? a) sebentuk anak kunci, atau b) sebatang anak kunci? a) sebuah ibu kunci/mangga, atau b) sebentuk ibu kunci/mangga,atau c) tidak perlu penjodoh bilangan? 3)Adakah apa-apa kesilapan dalam ayat ini? 'Sampah sarap itu berpunca daripada sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab' Terima kasih.

Penggunaan penjodoh bilangan lazimnya bergantung kepada bentuk fizikal bahan tersebut. Melihat kepada fizikal kerongsang penjodoh bilangan yang sesuai ialah bentuk. Walau bagaimanapun jika bentuk fizikal kerongsang seperti kancing baju maka boleh digunakan rawan sebagai penjodoh bilangannya. Begitu juga dengan penjodoh bilangan untuk anak kunci boleh digunakan sebentuk atau sebatang, lihat kepada bentuk fizikalnya. Kami telah beberapa kali menerima pertanyaan tentang soalan ini, kami cadangkan suadara rujuk kepada Majlis Peperiksaan atau Jabatan Pelajaran Negeri yang menyediakan soalan tersebut.

Tatabahasa03.08.2011

Kembali ke atas