bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih. | Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 11.08.2009 |
RESTORAN AIDA TOMYAM NO,7D JALAN KANGKUNG PUTRI 24/7 40100 SHAH ALAM ,SELANGOR | No. (letak tanda titik) Perkhidmatan pengesahan iklan, sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
| Lain-lain | 06.06.2016 |
Assalamualaikum. Merujuk kepada yang berikut: Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Adakah 'dan lain-lain' juga termasuk dalam kategori aposisi yang disebut di atas? Adakah tanda koma perlu diletakkan di hadapan 'dan lain-lain'? Sekian, terima kasih. | Wassalam. "dan lain-lain" juga termasuk dalam fungsi tanda koma mengapit aposisi seperti "dan sebagainya", "dan yang lain", dan seumpamanya. | Lain-lain | 18.11.2019 |
Mohon pencerahan.. 1.Ampun, tuanku. Patik menjunjung kasih. 2. Baiklah, tuanku.Patik menjunjung kasih. Ayat pertama atau ayat kedua yang betul?@ kedua2 diterima sebagai jawapan.. 3.Penggunaan tanda baca koma. Dalam buku teks bm tahun 6 sjkc, ms 82. Penggunaan koma pada setiap perktaan yg terdiri daripada kategori yg sama perlu dibubuh koma. Contoh ayat, emak menjual sayur kangkung, bayam, sawi, dan terung. Tetapi Jika dlam buku teks tahun 6 ayat jati diri, kewarganegaraan, dan patriotisme. Namun, dalam ms 83 ayat yang sama, tanda koma tidak di bubuh..Mohon pihak DBP semak akan hal ini agar tidak menimbulkan kekeliruan semasa menyampaikan Pdp..Terima kasih.. | Selamat petang. 1. Ayat 1 dan 2 betul. 2. Penggunaan tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah unsur-unsur kata dan frasa yang berlarutan. Oleh itu, sepatutnya tiada tanda koma pada frasa tersebut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
Bagaimanakah tanda koma (,) digunakan dalam ayat yang mempunyai kata hubung dan? | Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan". Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Penggunaan koma dalam 1a) betul. Penggunaan koma dalam 2a) juga betul kerana koma juga berfungsi mengapit aposisi "dan sebagainya", "dan yang lain" dan seumpamanya. | Lain-lain | 29.09.2016 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca koma ( , ) sebelum perkataan 'dan'. Terkini, benarkah tanda koma tidak perlu digunakan dalam sebarang keadaan dalam ayat sebelum perkataan 'dan'? Rakan saya memaklumkan kepada saya bahawa sebelum ini ada situasi yang boleh menggunakan tanda koma sebelum 'dan', tetapi yang terkini tidak perlu lagi. | Penggunaan tanda koma (,) sebelum “dan” lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Tanda koma (,) sebelum “dan” biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori yang berbeza. Contoh 1: Emak ke kedai membeli ikan, beras, dan surat khabar. Contoh 2: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. Dalam ayat Contoh 2, penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" kerana “sawi “dan “kubis” dalam kategori yang sama, iaitu kelompok sayur. Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. | Tatabahasa | 19.09.2018 |
Selamat sejahtera,saya ingin mengemukakan sebuah solan yang berkaitan dengan tanda baca. 1.Kita perlukah tanda baca (,) sebelum pekataan"dan"? | Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan". Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. | Tatabahasa | 05.05.2013 |
Penggunaan koma selepas perkataan "dan". Bila perlukan koma dan bila tidak perlukan koma? | Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan". Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "dan" dan koma (,) sebelum perkataan tersebut. Saya sering menemui terjemahan yang menggabungkan kedua-dua perkara ini. Contohnya, "Adakalanya tempat itu turut mengadakan acara untuk kanak-kanak, konsert, dan banyak lagi". Mohon beri penjelasan penggunaan koma (,) sebelum perkataan "dan" di atas. Perlukah saya meletakkan koma, sebelum menggunakan perkataan "dan"? Terima kasih. | Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya; Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan tanda koma sebelum "dan" tidak diperlukan. | Tatabahasa | 03.12.2018 |
Salam petang, Saya agak keliru dengan penggunaan tanda koma (,) yang tidak konsisten. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan penggunaan tanda koma yang betul? 1a) Saya membeli ikan, buah-buahan, dan sayur-sayuran. 1b) Saya membeli ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2a) Saya membeli ikan, buah-buahan, dan lain-lain. 2b) Saya membeli ikan, buah-buahan dan lain-lain. Soalannya ialah: adakah tanda koma diperlukan sebelum perkataan 'dan'? Mengapa? Sekina, Terima kasih. | Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan". Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Penggunaan koma dalam 1a) betul. Penggunaan koma dalam 2a) juga betul kerana koma juga berfungsi mengapit aposisi "dan sebagainya", "dan yang lain" dan seumpamanya. | Tatabahasa | 20.10.2015 |