Selamat pagi, pohon semak arahan berikut, terima kasih. a. Nyatakan alasan terhadap program pertukaran pilihan anda. atau Nyatakan alasan mengapa anda memilih program tersebut. b.Bincangkan dengan rakan anda dan bentangkan hasil dapatan tersebut. atau Bincangkan bersama-sama dengan rakan anda dan bentangkan hasil perbincangan tersebut. c. Tuliskan Kanji di tempat yang bergaris. atau Tuliskan Kanji pada ruangan yang bergaris. atau Tuliska Kanji di ruang yang bergaris. d. Tahukah anda tentang amalan hidup orang Jepun? Dapatkan maklumat dan lengkapkan jadual berikut. atau Tahukah anda tentang kehidupan seharian orang Jepun? Dapatkan maklumat daripada sumber yang sesuai dan lengkapkan jadual yang disediakan. e. Rakan-rakan anda menceritakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. atau Rakan-rakan anda menceritakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. f. Baca itinerari yang disediakan oleh Zul. atau Baca jadual yang disediakan oleh Zul. g. Apabila kita memperkatakan negara Jepun,,,,,, atau Apabila kita memperkatakan tentang negara Jepun.... | 1. Nyatakan alasan terhadap program pertukaran pilihan anda. 2. Bincangkan bersama-sama rakan anda dan bentangkan hasil dapatan tersebut. 3. Tuliskan Kanji pada ruangan yang bergaris. 4. Tahukah anda tentang kehidupan seharian orang Jepun? Dapatkan maklumat daripada sumber yang sesuai dan lengkapkan jadual yang disediakan. 5. Rakan-rakan anda menceritakan perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. 6. Lihat jadual yang disediakan oleh Zul. 7. Apabila kita memperkatakan negara Jepun... | Tatabahasa | 11.05.2014 |
modified starch, spice extract, seaweed, kaffir lime, vegetable powder, Japanese rice cracker | kanji diubah suai, pati rempah, rumpai laut, limau purut, serbuk sayur, biskut beras | Istilah | 12.12.2008 |
Saya ialah seorang penulis buku bahasa Jepun. Pohon semak ayat arahan berikut. Terima kasih. a. Tuliskan sebutan bagi Kanji yang bergaris. b. Pilihkan kosa kata yang sesuai dan lengkapkan petikan. c. Tukarkan kata kerja kepada bentuk yang sesuai dan lengkapkan ayat. d. Baca petikan dan jawab soalan berikut. | A. Betul B. Pilih kosa kata yang sesuai dan lengkapkan petikan C. Betul D. Baca petikan dan jawab soalan yang berikut. | Tatabahasa | 03.05.2014 |
adakah perkataan 'merekat' sama ertinya dengan perkataan 'melekat'? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, merekat bermaksud melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di dinding. Manakala melekat pula membawa maksud 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu melekat pada batang pisang. 2 mudah melekit (berkenaan getah cair, kanji dll): Getah ini melekat, jangan dipegang. 3 rapat sekali (berkenaan persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya lekat pada peti televisyen sejak tadi lagi. | Ejaan | 16.02.2015 |
Objek yang dipanggil "sepanduk" (banner) dan "papan tanda" (signboard) dikategorikan sebagai "placard" di dalam bahasa Inggeris, oleh itu adakah perkataan "pelekat" boleh digunakan sebagai padanan kepada perkataan "placard"?
Hal ini kerana kedua-dua "sepanduk" dan "papan tanda" mempunyai persamaan dengan "pelekat" iaitu "sesuatu benda yang mempunyai tulisan atau gambar yang bertujuan memberi maklumat kepada orang yang melihatnya"
Terima kasih. | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi placard ialah pelekat. Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan pelekat sebagai 1. sesuatu yang digunakan untuk melekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan: ~ kereta. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pelekat. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2014 |