1) sedentary behaviour = tingkah-laku tidak ktif 2) cancer survivor =pemandiri kanser/ pesakit kanser yang terselamat 3) survivorship = tempoh pemandiri kanser 4) health related quality of life (HRQoL)= kualiti hidup berkaitan kesihatan 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA)= aktivit fizikal sederhana hingga kuat Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 12.07.2018 |
Rawatan alternatif kanser atau rawatan kanser alternatif yang betul | Jawapan yang betul ialah Rawatan alternatif kanser | Makna | 18.01.2020 |
adakah "pesakit kanser" kata nama majmuk | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika kita mengikut tatacara pembentukan kata majkuk rangkai kata ini memang tergolong dalam kata majmuk/ terima kasih | Tatabahasa | 29.10.2009 |
Assalamualaikum wbt, Saya sedang menulis sebuah tesis dalam Bahasa Melayu. Mohon bantuan DBP untuk membetulkan terjemahan istilah berikut dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. a. Premenopausal breast cancer (English) - Kanser payudara premenopausal (Bahasa Melayu) b. Postmenopausal breast cancer (English) - Kanser payudara postmenopausal (Bahasa Melayu) Sekian terima kasih atas bantuan. - Mohd Razif Shahril | Cadangan terjemahan kami ialah: a. Premenopausal breast cancer - Kanser payudara pramenopaus b. Postmenopausal breast cancer - Kanser payudara pascamenopaus | Lain-lain | 24.12.2012 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sel ini telah diambil 'dari/daripada' tisu kanser. Penggunaan dari / daripada yang betul pada ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Sel ini telah diambil daripada tisu kanser. | Tatabahasa | 10.07.2019 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:) | Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
Assalamualaikum Saya ada 2 pertanyaan mengenai kata nama khas.Adakah nama penyakit seperti kanser kaposi sarkoma dan kandidiasis adalah kata nama khas? Kedua-buku daftra kata ejaan jawi- rumi yang berwarna kuning tersebut cetakan ke berapa? | Nama penyakit seperti kanser kaposi sarkoma dan kandidiasis bukan kata nama khas, Contoh lain demam denggi, batuk kering, demam kepialu ditulis dengan huruf kecil. Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi merupakan cetakan pertama tahun 2001. | Ejaan | 12.03.2010 |
Yang manakah satu betul dan mengapakah pernyataan tersebut betul? 1. (a) Hujan turun dengan lebat.(b) Hujan turun dengan lebatnya. 2. (a) Dia menghidap penyakit kanser. (b) Dia menghidapi penyakit kanser. | 1. Kedu- dua ayat boleh digunakan.
2. Ayat yang pertama lebih gramatis.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan. | Tatabahasa | 21.08.2013 |
Apakah padanan bagi istilah 'cholangiocarcinoma' yang merujuk kepada kanser duktus hempedu? Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kolangiokarsinoma. | Istilah | 10.04.2017 |
canser and tumor expert renovation aluminium & glass | tabib cina: kanser dan tumor kedai pengubahsuaian barangan aluminium dan kaca | Lain-lain | 04.04.2007 |