Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.tan] | کنتن

Definisi : sj tumbuhan (herba yg bunganya dibuat kerabu, gulai, dll), Phaeomeria speciosa; ~ hutan sj tumbuhan (herba), pokok gingin, tepus putih, Languas javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.tan] | کنتن

Definisi : nama sj herba yg bunganya boleh dibuat kerabu, dimasukkan ke dlm gulai dll, Phaeomeria speciosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kantan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Saya ingin mengetahui penjodoh bilangan yang betul bagi bunga kantan, sekuntum atau sebatang bunga kantan? Terima kasihSalam,

Perlu dilihat pada bentuk bunga kantan itu sendiri. Jika bunga kantan tersebut sudah kembang, gunakan sekuntum. Jika belum kembang, gunakan sebatang. Selain itu, perlu diingatkan juga, tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan.
Lain-lain25.06.2015
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang bagaimana pa menulis 6.1 bilion dalam bentuk angka? bunga selasih bunga kantan, terima kasih kepada tuan/puan. sekian terima kasih.Jawapan yang diberi sebelum ini adalah berkaitan. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan menakrifkan bilion sebagai juta juta, iaitu mengandungi 12 angka sifar (1 000 000 000 000). Itulah juga sistem yang digunakan dalam Matematik. Walau bagaimanapun setelah disemak penggunaan dalam istilah juga kepada pihak yang berwenang dalam hal ini (Bank Negara Malaysia), bilion ditakrif sebagai ribu juta, iaitu mengandungi sembilan angka sifar (1 000 000 000). Maka 6.1 bilion ditulis 6 100 000 000.Tatabahasa18.08.2015
Assalamualaikum tuan di talian, Betulkah penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat contoh yang berikut. 1. Ibu membimbit bakul yang berisi secekak pucuk ubi dan sebiji jantung pisang pulang dari kebun. 2. Mak Intan memetik secekak pucuk paku dan dua batang bunga kantan di belakang rumah. Sekian, terima kasih.

Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya dan perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan.

Tatabahasa05.10.2011

Kembali ke atas