Why does a female kanggaroo keep its young in her pouch? terjemahan yang manakah lebih sesuai 1) Mengapakah kanggaru betina membawa anak di dalam kantung? 2) Mengapakah kanggaru betina meletakkan anak di dalam kantung? | Berdasarkan ayat bahasa Inggeris tersebut, terjemahan yang boleh digunakan ialah Mengapakah kanggaru betina meletakkan anak di dalam kantung? | Penyemakan dan penterjemahan | 20.04.2019 |
Assalamualaikum, Saya nak tanya tentang ejaan. Yang manakah betul: Amniosintesis @ Amniosentesis? | Istilah sasar bagi amniocentesis ialah amniosentesis dalam bidang perubatan atau biologi yang bermaksud Kaedah penebukan kantung amnion untuk mendapatkan sampel cecair amnion atau pensampelan bendalir amnion untuk diagnosis antenatal bagi mengesan kerosakan kromosom pada fetus. | Ejaan | 23.07.2019 |
Apakah istilah 'Sycee'(ENG) dalam Bahasa Melayu? Bolehkah Sycee diterjemah sebagai "Yuan Bao", mengikut sebutan Mandarin? Terima kasih. | “Sycee” bukan perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi merupakan perkataan dalam bahasa Cina (dialek Kantonis) yang bermaksud “sutera halus”, “yuan bao” pula ialah dialek Mandarin yang digunakan untuk merujuk “kantung syiling”. Secara simboliknya, kedua-dua dialek ini digunakan untuk merujuk objek yang sama dalam bahasa Inggeris, iaitu “ingot” (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Maka, kami mencadangkan “sycee” diterjemahkan sebagai “jongkong”, iaitu ketulan logam (emas, perak dan lain-lain) yang berbentuk perahu. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) | Istilah | 27.05.2020 |
Boleh saya dapat terjemahan untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Normalized the data 2. Microscope field 3. Armophous head 4. Quinoneimine 5. Catalyse 6. Lyophilized 7. Solid phase two-site enzyme immunoassay 8. Stop solution 9. Plat sealer 10. Plate shaker 11. Washing buffer solution 12. Enzyme Conjugates 13. Peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies 14. 96-well microtiter plate 15. Tris base 16. Low melting agar 17. Normal melting agar 18. Gavage needle 19. Pouch and seal ziploc 20. Butylated hydroxytoluene 21. Calibrator for kit | 1. normalized the data - penormalan data atau menormalkan data 2. microscope field - medan mikroskop 3. amorphous head - kepala amorf 4. quinone imine - kuinon imina 5. catalyse - istilah yang dicadangkan ialah memangkinkan (istilah yang ada ialah catalysed - termangkin, catalyst - mangkin) 6. lyophilized - istilah yang dicadangkan ialah meliofilkan atau terliofil (istilah yang ada ialah lyophil - liofil, lyophilization - liofilisasi) 7. solid phase two-site enzyme immunoassay - terjemahan yang dicadangkan ialah imunocerakin enzim dua tapak fasa pepejal 8. stop solution - larutan henti 9. plat sealer - pemateri plat atau pengedap plat 10. plate shaker - penggoncang plat 11. washing buffer solution - larutan penimbal basuh 12. enzyme conjugates - konjugat enzim 13. peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies - terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah antibodi antiinsulin berkonjugat peroksidase 14. 96-well microtiter plate - plat mikrotiter 96 telaga 15. tris base - bes tris 16. low melting agar - agar-agar lebur rendah 17. normal melting agar - agar-agar lebur normal/agar-agar lebur biasa 18. gavage needle - jarum gavaj 19. pouch and seal ziploc - kantung dan kedap ziploc 20. butylated hydroxytoluene - hidroksitoluena dibutilkan 21. calibrator for kit - penentukur untuk kit | Istilah | 07.08.2012 |