Adakah nama-nama pulau perlu meggunakan huruf besar bagi perkataan pulau? Contohnya 'Pulau Kapas'/ atau 'pulau Kapas'?, atau 'Pulau Tioman'/ 'pulau Tioman' | Nama khas ditulis dengan huruf besar, Pulau Tioman. | Tatabahasa | 07.09.2016 |
Pisang kapas yang masak empuk itu amat sesuai dibuat lepat. Adakah ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa? Terima kasih. | Ayat ini tidak salah dari segi tatabahasa tetapi salah dari segi semantik (makna). Umumnya kata empuk untuk masakan, misalnya ubi direbus hingga empuk. Untuk pisang disebut masak ranum. | Makna | 29.09.2011 |
Swab taken from bottle diterjemahkan kepada kesatan daripada botol. Adakah penggunaan perkataan kesatan tersebut betul? | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi swab ialah kapas kesat yang digunakan dalam bidang perubatan. Pada padangan kami, ayat yang betul ialah kapas kesat yang diambil daripada botol sekiranya bersesuaian dengan konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2018 |
Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. | Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul: Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi. Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.12.2010 |
Ayat manakah yang lebih tepat (atau kedua-duanya betul): Soalan 1: a) Tolong tanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah. b) Sila tanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Soalan 2: a) Encik Atan membawa keluarganya bercuti di Pulau Kapas. b) Encik Atan membawa keluarganya pergi bercuti di Pulau Kapas. Terima kasih. | 1. Ayat yang tepat ialah ayat (a) kerana ayat tersebut membawa unsur permintaan. 2. Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 09.05.2010 |
Bolehkah"nya" digunakan untuk haiwan? Contohnya, Si Comel berbulu lebat. Bulunya lembut seperti kapas. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang. | Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. | Lain-lain | 04.11.2010 |
1. jelaskan perbezaan penggunaan 'dari' dan 'daripada' | 'Dari' digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. 'Daripada' menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu. | Istilah | 07.08.2014 |
Penggunaan Perkataan "DARI" dan "daripada". | Dari digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. Daripada pula menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu. | Lain-lain | 09.06.2010 |
Selamat sejahtera, Apakah maksud "stapel"? Di pangkalan data DBP terdapat dua terjemahan bagi "Staple". Adakah "Stapel" sama maksud dengan "Kokot"? Mohon bantuan DBP dalam pencerahan. Terima kasih. | Perkataan "staple" mempunyai maksud yang berbeza berdasarkan bidang dan kegunaannya.Contohnya bidang kesenian, "yarn staple" diterjemah sebagai "yan stapel", iaitu yan yang diperbuat daripada yan pendek, umpamanya gentian kapas, gentian sayat yang disisir halus supaya lurus dan kemudiannya dipintal. Manakala bagi istilah "wire staple" pula diterjemah sebagai "dawai kokot" , iaitu sejenis dawai yang diperbuat daripada kawat atau dawai yang digunakan sebagai pengikat. | Istilah | 21.05.2015 |