Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pa.si.ti] | کاڤاسيتي

Definisi : 1. kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu, kekuatan (mesin dll); 2. kemampuan memuat sesuatu, muatan, isi padu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa.si.ti] | کاڤاسيتي

Definisi : ist 1 jumlah maksimum yg dpt ditampung oleh sesuatu. 2 keupayaan menampung (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapasiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan keupayaan: kemampuan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan muatan: kandungan, berat.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, Mana yang tepat: Kecerdasan visual menjurus kepada ... kapasiti ... atau ... menjurus pada kapasiti ...? T. kasih.Ayat yang betul ialah: Kecerdasan visual menjurus kepada ... Tatabahasa21.04.2010
Adakah penggunaan perkataan "kapasiti" dan "kapabiliti" diterima dalam Bahasa Melayu.Istilah kapasiti  telah diterima dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "capabiliity" ialah kemampuan, keupayaan atau kebolehan. "Kapabiliti" tidak diterima dalamm bahasa Melayu.Istilah20.02.2017
Assalamualaikum, Saya atas kapasiti individu awam ada menulis sajak/puisi. Jadi adakah DBP ada menerbitkan karya orang seprti saya? atau ada saluran-saluran yang boleh membantu saya menerbitkan karya saya? Terima kasih.Puisi-puisi yang saudara hasilkan itu saudara boleh hantar kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah sama ada penerbit kerajaan atau swasta, kerana mereka ada menyediakan ruangan sastera seperti puisi dalam setiap keluarannya. Saudara juga boleh menghantar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Ketua Editor Bahagian Majalah untuk disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP sekirannya sesuai dan mencapai mutu yang ditetapkan.Lain-lain24.11.2010
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah betul penggunaan "antara lain,"? Contoh : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Terima kasih.
Penggunaan yang betul dari segi tatabahasa ialah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain termasuklah memberikan penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuh kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus.
Tatabahasa27.03.2020
Dalam penulisan cerpen , adakah diizinkan jika penulis menulis dengan menambah perkataan Inggeris untuk komunikasi watak ? Atau ini dikatakn pencemaran bahasa ?

Dalam penulisan cerpen/novel, pengarang dibenarkan menulis dalam dialog perkataan/bahasa Inggeris tetapi dalam kapasiti perkataan/ayat yang terhad. Semua perkataan yang menggunakan bahasa Inggeris perlulah diitalickan (menggunakan perkataan condong)  - bukan pencemaran bahasa.

Sekian dan salam.

Lain-lain02.04.2009
Adakah perkataan 'pemercepatan', 'pemerindahan' dan 'pemerdalaman' untuk memaknai proses mempercepat, memperindah dan memperdalam sesuatu menepati tatabahasa Melayu? Contohnya: Pemerindahan Sungai Gajus langkah yang baik bagi meningkatkan kedatangan pelancong. Pemerdalaman lubang itu perlu dilakukan segera supaya kerja lain dapat dilakukan. Pemercepatan prosedur pendaftaran meningkatkan kapasiti penerimaan pelanggan cawangan itu.Perkataan 'pemercepatan', 'pemerindahan' dan 'pemerdalaman' tidak menepati pembentukan imbuhan tatabahasa Melayu untuk maksud proses mempercepat, memperindah dan memperdalam sesuatu. Perkataan yang tepat ialah 'pencepatan', 'pengindahan' dan 'pendalaman'.
 
Tatabahasa07.04.2019
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih.

1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut:
Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006  berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran.

2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian.

Istilah03.04.2012

Kembali ke atas