| apakah maksud kapsyen | Kapsyen bermaksud keterangan gambar,lukisan,rajah,dll. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 675. | Makna | 27.03.2008 |
| Kami ingin mendapatkan pengesahan gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku: Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.) Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.) Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.) Yang Mulia - (Y.M.) Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon pengesahan berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut: 1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail 2. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail 3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor 4. Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor 5. Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 6. Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Razaleigh Hamzah 7. Yang Mulia (Y.M) Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias Sekiranya terdapat garis panduan atau rujukan rasmi berkaitan penggunaan gelaran tersebut dalam penerbitan, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebagai panduan untuk percetakan "Coffee Table Book KWSP". Kami memohon pihak Tuan dapat mempercepatkan urusan ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini adalah pada 5/8/2026. Kami sertakan contoh kapsyen yang akan dicetak nanti di lampiran fail. Terima kasih. | Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan. Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.
| Lain-lain | 03.08.2026 |
| Kami ingin mendapatkan kepastian sama ada gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku seperti di dalam lampiran. Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.) Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.) Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.) Yang Mulia - (Y.M.) Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon kepastian berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut: 1.Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail 2.Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail 3.Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor 4.Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor 5.Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 6.Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah 7.Yang Mulia Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebarang rujukan rasmi atau garis panduan kepada kami dan dapat menyegerakan urusan kami ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini ialah pada 5/8/26 | Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan. Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.
| Lain-lain | 03.08.2026 |
| Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan mengenai penggunaan ayat ini. Gambar A bersaiz 5R Gambar B bersaiz 3R Adakah perkataan 5R sesuai digunakan dalam ayat atau terdapat penggunaan perkataan lain yang betul? Untuk pengetahuan pihak tuan ayat ini digunakan sebagai kapsyen untuk gambar foto. | W'salam, Pihak puan boleh menggunakan perkataan 3R atau 5R dalam ayat bagi menerangkan saiz gambar berkenaan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 07.03.2016 |