Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rah] | کاره

Definisi : bintik (selaput, kotoran) pd gigi (kulit dll); buluh ~ sj buluh betung; berkarah berbintik, berselaput, berdaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rah] | کاره

Definisi : daki atau kotoran yg melekat pd gigi, kulit dll. berkarah penuh dgn kotoran; berdaki; berselaput dgn daki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rah] | کاره

Definisi : ; sebatang ~ sebatang kara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karah

Puisi
 

Ambil sebatang membuat galah,
     Galah tercampak di tengah laman;
Kenapa duduk sebatang karah,
     Kerana abang tak mencari teman.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama tempatan haiwan seperti penyu belimbing, dimulai dengan huruf besar atau kecil? Penyu Belimbing atau penyu belimbing?

Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khastak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

Perkataan penyu belimbing, penyu karah, penyu lumpur dan penyu pulau tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.

Lain-lain11.09.2017

Kembali ke atas