Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boelh tak senaraikan penanda wancana yang bombastik untuk masukkan nya dlm karangan..Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun. Kata-kata bombastik ialah kata-kata yang terlalu 'besar' sehingga tidak sepadan. Di bawah tajuk  wacana, tidak ada penanda wacana bombastik untuk disenaraikan.  Tatabahasa05.09.2008
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN?

Saudara Nor Aznim,

Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'.   

Tatabahasa17.05.2010
saya ingin bertanya macam mana kah cara nya bagi saya sebagai seorg pelajar ingin membuat laporan.maksud saya bagaimanakah harus saya memulakan ayat pendahuluan?terima kasihTerima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Cara bagi saudari untuk memulakan ayat pendahuluan kebiasaannya bergantung kepada jenis laporan atau karangan yang dihasilkan. Namun begitu, bagi membantu, saudari boleh melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Taip pada carian dan insyaallah bahan yang diperlukan akan dipaparkan. Namun begitu, saudari juga boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP dan mendapatkan maklumat berkaitan laporan. Bahan juga boleh diperoleh dengan membuat rujukan pada tajuk yang diberikan ini: Panduan Bahasa & Format Penulisan (Laporan Maimunah Hj. Omar) . Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain26.02.2007
Apakah perkataan yang patut digunakan? 1. Wam Khatijah (mengupas) kuih itu sebelum menyuapkan ke mulut adiknya. 2. Mak Andam (mengupas) wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan. 3. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin.

Penggunaan kata dalam kurungan adalah tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata yang betul rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari, contohnya mengupas boleh membawa maksud membuang kulit (buah-buahan) dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan). Berdasarkan makna yang tersebut kata mengupas tidak sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat tersebut.

Tatabahasa06.10.2011
1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat.

1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan.

 

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi.
Tatabahasa20.08.2022

Kembali ke atas