Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar murah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj ikan darat, Trichopsis vittatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan.Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih.


Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut.
Makna14.04.2014
Tuan, bolehkah tuan memberikan keterangan kepada saya tentang pendapat Nik Safiah Karim mengenai kata "banyak"? Bukankah Nik Safiah Karim mengatakan bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi? Jadi, frasa "mempunyai banyak pengalaman" atau "banyak mempunyai pengalaman" betul? Minta tuan terangkan kedudukan kata "banyak" berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim.YBhg. Datuk Nik Safiah Karim merupakan salah seorang panel buku Tatabahasa Dewan maka pendapat beliau adalah seperti dalam buku Tatabahasa Dewan.  Frasa yang betul ialah ...mempunyai banyak pengalaman.Tatabahasa11.01.2015
Mohon semakan terjemahan It looks like Karim is skipping class even though our group presentation is due today. Typical. Nampaknya Karim ponteng kelas lagi, walaupun hari ini ialah hari pembentangan kumpulan kami. Sangat tipikal.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Karim ponteng kelas lagi, walaupun pembentangan kumpulan kami diadakan pada hari ini. Sangat tipikal.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
saya karim sedang belejar bahasa melayu dasar, university fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa apakah. terima kasihTatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat.Makna03.11.2015
Saya ingin bertanya mana yang betul: Soalan 1 A) Ahmad dan Karim belajar di kelas yang sama. B) Ahmad dan Karim belajar dalam kelas yang sama. Soalan 2 A) Saya berada dalam darjah 1. B) Saya berada di darjah 1. ( Terjemahan untuk I am in Primary 1) Terima kasih1) Ahmad dan Karim belajar di kelas yang sama.

2) Saya pelajar darjah 1. Terjemahan tidak semestinya secara harfiah, malahan boleh diterjemahkan konsepnya dan disesuaikan penggunaannya dalam bahasa sasar.
Tatabahasa17.08.2018
Assalam, Saya terbaca beberapa minggu lepas mengenai karya sains yang mahu diterbitkan oleh DBP. Ini meliputi karya terjemahan? Di mana boleh saya dapatkan maklumat lebih lanjut?

Tuan boleh mendapatkan maklumat daripada Encik Abd Rahim Omar (Rahim2@dbp.gov.my) atau Encik Abd Karim Bakar (Karim@dbp.gov.my).

 

 

Lain-lain11.11.2011
Tolong betulkan ayat berikut: 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menjerat ikan. 2. karim sedang memperbaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai di sekolah kerana keinggalan bas. terima kasih

1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menangkap ikan.

2. Karim sedang membaiki basikal.

3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai ke sekolah kerana ketinggalan bas.

Tatabahasa03.05.2011
Pagi lagi,Karim telah mandi kerana mahu mengikut kakaknya berkelah di tepi pantai.(ADA SALAH AYAT INI?

Saudara Ho,

Menerusi ayat yang dikemukakan di atas tidak terdapatnya kesalahan ayat. Namun untuk penggunaan ayat yang lebih gramatis, terdapat sedikit penambahan dalam ayat menerusi penambahan di bawah.

'Sejak dari pagi lagi,  Karim  mandi kerana mahu mengikut kakaknya berkelah di tepi pantai'

Tatabahasa22.09.2012
Cikgu Dewan, saya berharap agar dapat membaca karya-karya Nik Safiah Karim. Di manakah karya beliau dijual? Adakah stok masih ada pada kini? Kerana tulisan-tulisannya biasa diterbitkan pada sekitar tahun 2005 dan 2006, jadi saya tidak tahu masih ada stokkah atau tidak.Pertama, tuan hendaklah mendapatkan senarai karya-karya YBhg. Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang ingin dibaca. Kedua, tuan bolehlah menghubungi atau datang sendiri ke Kedai Buku Koperasi DBP untuk menyemak senarai tersebut. Pilihan lain, tuan juga boleh mengunjungi perpustakaan DBP, iaitu Pusat Persuratan Melayu DBP bagi menyemak senarai tersebut.Lain-lain16.07.2014
Assalamulaikum, Saya sukacita memohon untuk mendapatkan email atau alamat atau no telepon Prof. Nik Safiah karim. kerana untuk kegunaan buku 50 tahun sambutan penubuhan DBP pada tahun ini., Saya terpaksa juga menggunakan ruangan ini. Mohon maaf yang dilakukan ini bertentangan dengannya. sekian, harap dapat belasanya.

Prof. Datuk Dr. Nik Safiah Karim boleh dihubungi melalui alamat: Lot 2885, Jalan 6/71 B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur dan nombor telefonnya: 016-6852838. Selamat menyambut ulang tahun ke-50 DBP Brunei.

Lain-lain13.06.2011
123456789

Kembali ke atas