[kar.trij] | کرتريج
Definisi : 1. kelongsong (spt bentuk silinder) biasanya drpd logam yg berisi ubat bedil atau penabur, sarung peluru; 2. sarung berserta filem fotograf yg boleh dimasukkan terus ke dlm kamera; 3. alat yg berisi pita bermagnet (saiznya lebih besar drpd kaset) utk rakaman suara atau video; 4. bekas perisian dakwat yg boleh ditukar ganti utk pen mata bulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kar.trij] | کرتريج
Definisi : alat yg lebih besar drpd kaset yg berisi pita utk merakamkan bunyi-bunyian dsb atau utk memperdengarkan sesuatu rakaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)