Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.tu] | کرتو

Definisi : Id 1. kad; 2. daun terup; main ~ main terup (berjudi dgn daun terup); ~ (tanda) anggota kad ahli; ~ besar daun terup utk permainan bridge dll; ~ kecil (ceki) daun terup utk permainan ceki; ~ pindahan kad yg dikirim utk menyatakan pertukaran alamat; ~ pos kad yg digunakan sbg surat; ~ pos gambar kartu pos yg bergambar; ~ undangan kad jemputan; dgn ~ terbuka dgn terang-terang (tidak berselindung-selindung lagi); membuka ~ menerangkan maksud dgn terang-terang; mengartukan mencatat di atas kad; perkartuan 1. pencatatan di atas kad dan penyusunan kad mengikut abjad; 2. tempat kartu (kad); pengartuan perihal atau perbuatan mengar­tukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.tu] | کرتو

Definisi : 1 kad. 2 daun terup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kartu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Ngobrol Sampe Puas" Panggilan Termurah ke Indonesia dengan Kartu "WOW"Sila gunakan bahasa Melayu yang betul untuk paparan iklan di Malaysia. Jika hendak menggunakan bahasa-bahasa lain, perlu ada padanan dalam bahasa Melayu dan diletakkan di bahagian atas dengan saiz yang lebih besar. Untuk pengesahan iklan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain14.12.2012

Kembali ke atas