Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB 1. tempat menyimpan wang: ~ negara perbendaharaan negara; 2. wang yg ada terĀ­sedia (pd pertubuhan, pejabat, dll); 3. tempat utk membayar (menerima) wang: aku pergi ke bahagian ~ lalu membayar seribu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kas I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Apakah terjemahan sebenar untuk gold cast bar? Bolehkah diterjemahkan sebagai bar kas emas? Harap mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan/puan. Terima kasih."Gold cast bar" boleh diterjemahkan sebagai bar kas emas.Makna18.10.2018
Apakah huraian atau prinsip lanjut untuk menentukan sesuatu perkataan tersebut merupakan kata nama khas atau kata nama am selain daripada huraian Tatabahasa Dewan yang berbentuk umum sahaja? Contohnya kata kerja transitif mesti diikuti objek dan kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek dan terdapat beberapa kedudukan tertentu bagi kata adverba penekan.Sekiranya maklumat yang diperlukan tentang kata nama kas dan kata nama am, penjelasan lanjut boleh dirujuk pada halaman 84 dan 85, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata nama khas ditandai dengan huruf besar pada awal kata dan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu hidup dan tak hidup; manakala kata nama am dibahagikan kepada konkrit (kebendaan) dan abstrak (bukan kebendaan).Tatabahasa11.01.2022

Kembali ke atas