Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih. | Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2011 |
contoh-contoh bahasa kasar | Bahasa kasar digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Istilah | 26.10.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa halus dan bahasa kasar?contoh-contoh bahasa halus dan bahasa kasar?apakah ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar?dan apakah kesan dalam kehidupan masyarakat kita.memandangkan negara kita semakin maju dan moden dan berada pada alaf baru,agak berbeza penggunaannya dalam kehidupan pada masyarakat sekarang.dan bagaimana ianya dikategorikan memandangkan negara kita ini merupakan negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan juga bangsa. | Bahasa halus yang saya fahami lebih ditumpukan kepada kesantunan berbahasa, bahasa halus juga kadang-kala merujuk kepada bahasa istana. Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 20.07.2010 |
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci) | Makna | 10.02.2011 |
bahasa kasar dan bahasa halus | Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis, manakala bahasa halus ialah bahasa atau perkataan yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain, misalnya bahasa dalam kalangan raja-raja. | Makna | 21.08.2010 |
perlakuannya yang kasar itu menyakitkan hati rakan-rakannya. tuan, saya berasa kekeliruan antara kelakuan dengan perlakuan. Bolehkah ayat ini digantikan dengan kelakuannya? Tq | Kelakuan dan pelakuan membawa maksud yang sama iaitu perbuatan. | Tatabahasa | 18.08.2011 |
"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada/dari perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." Tuan, yang manakah betul? Dari atau daripada? | "Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Adakah penggunaan perkataan 'hendaklah' bagi contoh ayat berikut tidak sopan/kasar: "Senarai Semak hendaklah dicetak sebelum difailkan" | Partikel -lah pada perkataan hendaklah merupakan penegas yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ia tidak membawa makna tidak sopan/kasar. | Tatabahasa | 04.05.2010 |
Saya melihat banyak lagu dari Indonesia menggunakan lirik(perkataan) 'butuh' sedangkan di Malaysia maksudnya agak lucah dan kasar. Mengapa hal ini dibenarkan? | Perkataan tersebut adalah bahasa Indonesia dan kita tidak berhak untuk menghalang mereka daripada menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun dalam bahasa Melayu bermaksud lucah dan kasar. Penyiar radio dan televisyen boleh memainkan peranan untuk tidak menyiarkan lagu-lagu sedemikian kepada pendengar. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Saya ingin mengetahui tentang apakah yang dimaksudkan dengan taboo dalam bahasa melayu?Adakah ia mempunyai kaitan dengan penggunaan bahasa kasar dan bahasa halus dalam bahasa melayu?Adakah ia juga berkaitan dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat?Apakah yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik? | Taboo dalam bahasa Melayu bermaksud pantang larang (kepercayaan) dan tiada kaitan ddn bahasa halus atau kasar. Sosiolinguistik ialah kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap masyarakat. | Makna | 19.07.2007 |