Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghar­gaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaul­annya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaan­nya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan keduka­citaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), me­nyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatang­kan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : ; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (se­seorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : bp 1. memberi: jangan ~ dia minum; ~ tahu memberitahu; 2. mem­biarkan, mengizinkan, tidak menegahkan; ~ lihat memperlihatkan; ~ turun menurunkan; 3. membuat supaya, menjadikan: ~ mati sama dia; pengasih pemberian, hadiah; kasi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sih] | کاسيه

Definisi : 1 perasaan sayang; cinta: ~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2 berasa sayang; berasa cinta: Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta: Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1 = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2 bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Bagaimana nak tanam selasih,
     Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
     Kasih bercampur denganlah budi.


Lihat selanjutnya...(296)
Peribahasa

Badan bersaudara;
     emas perak tiada bersaudara;
kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta yang ada,
kasih ibu sama rata;
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Panggilan "TENGKU" yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai "Tengku" atau "tengku"? --- Contoh ayat yang mana yang betul? "Terima kasih, tengku." / "Terima kasih, Tengku."

Gelaran Tengku ialah gelaran bangsawan Melayu utntuk anak raja atau untuk orang-orang yang ber­keturunan raja. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang betul ialah “Terima kasih Tengku”

Lain-lain06.06.2020
Terima KasihSama-sama.Lain-lain03.06.2020
Salam sejahtera. Terima kasih atas maklumbalas anda. Berikut saya lampirkan definisi operasi/contoh penggunaan perkataan-perkataan yang ingin diterjemahkan. Terima kasih.

Cadangan terjemahan yang boleh digunakan dan disesuaikan mengikut konteks ayat seperti yang berikut:

1. objective authenticity = kesahihan/keaslian objektif
2. constructive authenticity = kesahihan/keaslian membina
3. existensial authenticity= kesahihan/keaslian kewujudan
4. food authencitity = kesahihan/keaslian makanan
5. place attachment= emosi setempat
*Place attachment is sometimes used interchangeably with “sense of place” - a personal identification with a location or landscape on an emotional level as an individual or as a member of a community.7,8 Place attachment is a “person-place bond that evolves from specifiable conditions of place and characteristics of people.”9

6. intention to recommend = Mengesyorkan
7. cultural motivation =dorongan/motivasi kebudayaan
8. stimulus-organism-repsonse model = model tindak balas Ransangan/Dorongan Organisma
9. underpinning model = model sokong bawah
10. mediating role = peranan perantara
11. moderating role = peranan sederhana
12. controls variable = pemboleh ubah kawalan

Penyemakan dan penterjemahan19.06.2019
adalah/ialah sebagai dan seperti terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.07.2019
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan HOTLINE? Terima kasih atas panduan.Salam sejahtera, Padanan untuk perkataan Hotline dalam bahasa Melayu ialah Talian utama. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Makna09.06.2020
Salam Sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Paternity Leave" di dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Salam sejahtera,

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan, "paternity leave" bermaksud Cuti Isteri Bersalin. 

Sekian, terima kasih.
Makna07.02.2020
Salam Sejahtera, Apakah terjemahan BM bagi Self-Perceived Employability? Terima kasih.Salam sejahtera,


Cadangan padanan teks dalam bahasa Melayu ialah kebolehkerjaan persepsi diri. Sila sesuaikan dengan konteks penggunaan anda.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan06.09.2019
Seorang anggota polis berseragam sedang menyaman pemandu itu. Adalah betul ayat saya? Terima kasih.Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah Seorang anggota polis berpakaian seragam sedang mengeluarkan surat saman kepada pemandu itu. Sekian, terima kasih.Pengembangan28.05.2020
Salam sejahtera, Bolehkah "abg" digunakan sebagai kependekan bagi perkataan abang, seperti mana "hj" adalah kependekan bagi haji. Terima kasih!Perkataan Abg.  boleh digunakan dalam nama seperti Hj. Terima kasih.  Lain-lain15.07.2020
1) Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan... 2) Dengan membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan... Adakah ayat (1) gramatis? Terima kasih.Salam sejahtera, Pilihan pertama ialah ayat gramatis. Sekian, terima kasih.Tatabahasa23.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas