mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa. | Soalan saudara/ saudari tidak jelas. | Tatabahasa | 30.06.2010 |
1.Apakah kata ganda untuk ibu bapa? Ibi-ibu bapa? Ibu bapa-ibu bapa? 2.Ratna endapat (mata/markah) yang tinggi dalam ujuan BMnya. Terima kasih. | 1. ibu bapa-ibu bapa 2. markah | Tatabahasa | 07.08.2014 |
kedua-dua ibu bapa, kedua-dua orang ibu bapa, atau kedua ibu bapa, yang mana betul tatabahasanya? terima kasih. | Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
Salam, saya terkeliru dengan ayat-ayat berikut, yang mana satukah betul? 1. Bapa Ali ialah seorang Melaka. 2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 3. Bapa Ali seorang Melaka. 4. Bapa Ali orang Melaka. 5. Bapa Ali seorang Melayu. 6. Bapa Ali orang Melayu. Minta tunjuk ajar, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 4. Bapa Ali orang Melaka. 6. Bapa Ali orang Melayu. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Kedua-dua orang ibu bapa? Kedua-dua ibu bapa? Sila berikan penjelasan.Terima kasih. | Kedua-dua orang ibu bapa? Kedua-dua ibu bapa? Sila berikan penjelasan.Terima kasih. | Lain-lain | 07.09.2014 |
Encik yang dihormati, Ayat ini"Bapa saya seorang guru." boleh diterimakah? ataupun "Bapa saya ialah seorang guru." lebih sesuai. "Bapa saya bertugas sebagai pekebun sayur." boleh diterimakah? Harap mendapat maklum balas secepat mungkin. Sekian, terima kasih. | Ayat Bapa saya seorang guru dan Bapa saya ialah seorang guru, kedua-duanya betul. Ayat yang betul ialah Bapa saya bekerja sebagai pekebun sayur. | Tatabahasa | 09.02.2012 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, yang mana betul: Kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa. | Tatabahasa | 18.09.2017 |
Salam tuan, mohon penjelasan bagaimana hendak menggandakan kata majmuk "ibu bapa". Apakah penjelasanya. Terima kasih | Salam saudara Fendi Yusof, Ibu bapa termasuk dalam kata majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas yang tidak mantap sama seperti maklum balas, kemas kini dan rumah sakit. Oleh itu, cara untuk menggandakan kata majmuk 'ibu bapa' adalah penggandaan penuh iaitu 'ibu bapa-ibu bapa' Namun jarang digunakan peggandaan penuh bagi ibu bapa. Yang kerap digunakan adalah 'kedua-dua ibu bapa' mahupun 'ibu bapa para pelajar' Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75) | Tatabahasa | 09.08.2012 |
soalan saya, bagi perkataan ibu dan bapa, apakah digunakan ibubapa ataupun ibu bapa? terima kasih | Ejaan yang betul ialah ibu bapa. | Ejaan | 21.09.2008 |
1. Anak bapa atau anak bapak? Mana satu betul? 2. Maksud anak bapa ialah mempunyai hubungan yang baik dengan bapa atau orang yang berani? Terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat maklumat mengenai perkataan "anak bapa" atau anak bapak" dalam pangkalan data istilah dan kamus terbitan DBP. Istilah yang ada ialah perhubungan anak-bapa yang merupakan padanan bahasa Melayu untuk "father-son relationship". | Istilah | 22.09.2016 |