Ayat yang mana lebih tepat? 1) Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. atau 2) Baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. Terima kasih. | Ayat satu lebih tepat. Baginda berkenan menghadiri Majlid Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat atau Baginda berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat | Lain-lain | 30.04.2018 |
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah ayat majmuk di bawah tepat dari segi konteksnya? Murid-murid berbual-bual dan bergurau mesra. Sekain, terima kasih. | Ayat majmuk "Murid-murid berbual-bual dan bergurau mesra." adalah betul. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah kesalahan imbuhan yang terdapat dalam ayat berikut? Bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan penduduk dunia. Terima kasih. | Bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan penduduk dunia. Tiada kesalahan imbuhan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 05.05.2014 |
selamat sejahtera. 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. 1a. Abang mencari maklumat alam sekitar. 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. 2a. Ibu membawa beg mesra alam semasa pergi ke pasar. ayat mana yang betul? kalau ada kesilapan, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan/puan. terima kasih | 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. Kata sendi nama tentang perlu ada sebelum kata nama alam sekitar 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. Ibu membawa beg mesra alam semasa ke pasar. Kedua-dua ayat ini betul, ayat kedua betul. | Tatabahasa | 01.11.2018 |
assalamualaikum tuan.saya ingin bertanya apakah konsep bahasa mesra menurut tokoh-tokoh terkemuka kerana saya memerlukan konsep bahasa mesra tersebut untuk menyiapkan kerja kursus bahasa melayu saya.terima kasih. | Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP. | Lain-lain | 07.07.2017 |
Adakah penggunaan ayat ini betul: Ayuh kita bina dunia yang lebih mesra alam buat generasi akan datang. Terima kasih | Ayuh kita bina dunia yang lebih mesra alam untuk generasi akan datang. | Tatabahasa | 19.07.2018 |
Apakah maksud 'pembangunan mesra alam'? Terima kasih. | Maksudnya pembangunan yangtidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar | Lain-lain | 13.06.2014 |
Salam mesra, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "scalop langsir'? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah biku langsir. | Istilah | 09.03.2017 |
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Dependent Information"? Konteks ini digunakan dalam borang di lapangan terbang. Terima kasih. | Dalam data kami, istilah dependent dipadankan sebagai tanggungan yang digunakan dalam bidang ekonomi. Cadangan kami bagi istilah dependent information ialah Maklumat Tanggungan jika bersesuaian dengan konsep yang hendak dinyatakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.05.2014 |
Salam mesra, Apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan dibawah? 1) Pagode 2) Sertanejo 3) Brazilian Punk Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Perkataan-perkataan yang dinyatakan tiada dalam data kami. Sila nyatakan bidang perkataan tersebut digunakan bagi kami mencari padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.05.2014 |