Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kassim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lailatul Badariah Kassim ISN 11.50 PAGI Salam.. saya ingin bertanya jika DBP ada menjual Dewan Kosmik keluaran tahun 1993 -1995. Terima kasih..Sila hubungi Ujana Buku di talian 03-4101 0023/0028/0025 untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.Lain-lain15.05.2017
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
Mana yang betul? 1Malaysia 1-Malaysia 1 Malaysia Satu Malaysia

Encik Ku Kassim,

Ejaan yang betul ialah 1 Malaysia.

 

Ejaan12.02.2010
Selamat pagi : 1.Bagi murid tahun 1 dan 2 , jika mereka menulis ayat a.Ali sedang bersenam.( 3 markah ) Pada pendapat tuan , berapakah markah dapat diberi untuk ayat itu??? 2.Betulkah semua kata kerja berimbuhan MeN- mesti diikuti dengan objek?????.Jika murid menulis kata kerja tak transitif CTHnya:Kassim membaca di dalam dewan.Ayat ini betul????Dapat markah ???1. Ayat tersebut betul dan lengkap. 3 markah adalah memadai bergantung pada jumlah dan bentuk soalan yang lain. 2.Tidak semua kata kerja diikuti dengan objek, misalnya memberontak atau menangis. Ayat "Kassim membaca di dalam dewan" itu betul.Tatabahasa14.08.2007
Dalam penulisan minit mesyuarat, adakah perlu mencatat nama orang yang mencadangkan/melapor/menyatakan sesuatu perkara. Contoh : 1) Mesyuarat menerima maklum bahawa ... atau 2) Mesyuarat dimaklumkan bahawa ... atau 3) Mesyuarat dimaklumkan oleh En. Abdullah bin Kassim... Yang mana satu boleh diterima pakai? Atau perlu menyatakan nama individu tersebut sebagaimana contoh 3. Terima kasih.Lazimnya mesyuarat hanya mencatatkan perkara yang telah dimaklumkan dan diputuskan dalam mesyuarat. Tidak perlu ditulis siapa yang memaklumkan atau yang memutuskan perkara itu kerana hanya perkara pemakluman dan keputusannya sahaja diminitkan.Tatabahasa02.07.2012
1. Apakah perbezaan kata " ialah"dan "adalah" dalam aspek penggunaannya dalam ayat ? 2. Yang manakah antara frasa berikut lebih tepat "memberitahu tentang " atau "memberitahui mengenai" ?

Ialah hadir di hadapan frasa nama, contohnya Ayah Ali ialah Kassim.

Adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya: Kursus ini adalah untuk ..., Baju itu adalah baik.

Frasa yang betul ialah memberitahu tentang ...

Tatabahasa20.05.2008
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan format tanda tangan 'bagi pihak' yang betul ?Pada amalannya pegawai menjalankan tugas bagi pihak ketua organisasi. Contohnya jika Encik Ahmad bin Ismail, Ketua Bahagian Undang-undang, Dewan Bahasa dan Pustaka, mendatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya ditulis b.p. Ketua Pengarah. Apabila Encik Ahmad bercuti, pegawainya Encik Abu bin Kassim, Pegawai Undang-undang, menandatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah (bukan bagi pihak Encik Ahmad).Lain-lain09.01.2013
saya memerlukan Jurnal berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam sumber manusia.

Sila rujuk bahan ini :

Mengharmonikan perancangan dan pembangunan sumber manusiaNasrudin MohammedDewan Ekonomi 01/03/1996Terperinci
 Pembangunan sumber manusiaMohd. Mokhtar Abu BakarDewan Masyarakat 01/05/1996Terperinci
 Pembangunan sumber manusia dan cabaran masa depanHasnah AliDewan Ekonomi 01/07/1996Terperinci
Pembangunan sumber manusia di MalaysiaKassim Thukiman">Kassim ThukimanDewan Budaya 01/02/1997Terperinci
Pembangunan sumber manusia pemangkin ekonomi (diwawancara olehTajulddin Muhammad)Kong How KooiDewan Ekonomi 01/08/1996Terperinci
Strategi pembangunan sumber daya manusia menghadapi abad ke 21Nik Mustapha Nik HassanDewan Ekonomi 01/01/1995Terperinci
Strategi pembangunan sumber manusia dalam kemelut ekonomiZaini UjangDewan Masyarakat 01/04/1998Terperinci

Lain-lain24.07.2008
Saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan prosa tradisional hang tuah mengalahkan taming sari yang terdapat dalam antologi anak bumi tercinta? Saya memerlukan huraiannya. Terima kasihUntuk mendapat huraian tentang pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam teks KOMSAS "Anak Bumi Tercinta", saudara/saudari boleh mendapat atau membuat rujukan dalam buku-buku huraian tentang teks KOMSAS ada ada dijual di kedai-kedai buku termasuk di Kedai Buku DBP. Untuk mendapat atau merujuk teks Hikayat Hang Tuah sepenuhnya yang disusun oleh Kassim Ahmad, saudara/saudari boleh merujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau membeli di Kedai Buku DBP. Sekian, terima kasih.Lain-lain03.05.2007
salam, saya ingin bertanya 1. tentang penggunaan Yang Berbahagia dan Yang Berusaha, jika ketua jabatan saya berstatus Prof Madya Dr. mana yang lebih sesuai? sebelum ini Yang Berbahagia hanya untuk individu yang mendapat gelaran tan sri/dato/datuk. 2. bahaimana dengan Yang Dihormati dan Yang disegani,Yang Setia, Yang Dikasihi, mcm mana dengan susunan kekananan?Jika tidak mempunyai sebarang gelaran Prof. Madya disapa sebagai tuan kecuali apabila beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. Tidak ada maklumat tentang kekananan sapaan yang tuan berikan melainkan disusun mengikut kekananan fungsi jawatan, contohnya Yang Berusaha Pengerusi Seminar ..., Encik Ahmad bin Ali, Setiausaha Seminar dan Encik Abu bin Kassim, Bendahari Seminar .Tatabahasa02.11.2012
12

Kembali ke atas