apakah terjemahan smart kasual di dalam bahasa melayu? | Terjemahan yang sesuai bagi smart casual ialah Pakaian Kasual Kemas | Makna | 19.10.2016 |
Salam, Saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara "berdekatan" dan "berhampiran"? Adakah perbezaannya hanya terletak pada kesedapan ayat atau konteks kasual/formal sahaja? Adakah benar berdekatan adalah lebih formal berbanding berhampiran? Antara yang berikut, yang manakah lebih sesuai/lebih sedap didengar? "Kunjungi cawangan pusat jualan X berdekatan anda" atau "Kunjungi cawangan pusat jualan X berhampiran anda" Terima kasih :) | Istilah berdekatan merujuk kepada berhampiran dengan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud berdekatan ialah berhampiran dengan atau tidak berjauhan. Manakala berhampiran pula bermaksud tidak berapa jauh dari atau berdekatan. Maka kedua-dua istilah merupakan sinonim dan boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat. | Makna | 28.12.2016 |
Apa terjemahan pakaian "smart casual"? | Cadangan padanan bagi istilah smart casual dalam bahasa Melayu ialah kasual kemas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.09.2024 |
Apakah maksud "casual dining" dan "fine dining" dalam bahasa melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah casual dining ialah hidangan kasual dan fine dining ialah hidangan pesona. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.09.2023 |