Slama sejahtera. mohon penerangan untuk penggunaan kata sendi bagi ayat di bawah. 1. Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut / pada rak kasut? Terima kasih. | Jawapan yang betul "Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut". | Lain-lain | 01.11.2018 |
As'salam. Saya editor bagi sebuah syarikat penerbitan. Saya ingin menyemak tentang produk 'berus penggilap kasut' yang lazimnya dipanggil berus kasut yang digunakan untuk menggilap kasut. Bolehkah saya gunakan 'berus penggilap kasut' untuk menggantikan 'berus kasut' yang digunakan untuk menggilap kasut? | Penggilap bermaksud alat yang digunakan untuk menggilap sesuatu seperti kasut. Alat dalam konteks tersebut berkemungkinan berus, kain atau lain-lain material. Oleh itu, jika alat berkenaan hendak dikhususkan kepada berus sahaja, maka frasa berus penggilap kasut boleh digunakan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa berus kasut juga betul kerana berus juga digunakan untuk mencuci dan menggilap kasut. | Istilah | 06.06.2018 |
KASUT-KASUT | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 17.03.2010 |
ingin memastikan yg mana perkataan di bwh betul. Wah! cantiknya kasut itu. Wah, cantiknya kasut itu! | Yang betul - Wah, cantiknya kasut itu! Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 255. | Tatabahasa | 20.07.2009 |
Salam sejahtera, apakah terjemahan bagi perkataan "shoe tree"? Ini adalah suatu alat yang dimasukkan di dalam kasut untuk mengekalkan bentuk kasut. Sila rujuk gambar yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "shoe tree" dalam pangkalan data kami. Oleh sebab fungsinya untuk mengekalkan bentuk kasut, istilah yang dicadangkan ialah pengekal bentuk kasut atau pengubah suai bentuk kasut. | Istilah | 04.04.2013 |
saya ingin mendapatkan pengesahan bahasa untuk iklan butik kasut. kami menggunakan trade name "DC TRIBE" bagi butik kasut kami. untuk pengetahuan pihak tuan butik kami menjual kasut. terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 09.11.2016 |
Rumus yang manakah yang betul untuk menukarkan ayat aktif dengan dua objek kepada ayat pasif? AA : Ibu membelikan saya sepasang kasut. Rumus 1 AP: Saya dibelikan oleh ibu sepasang kasut. Rumus 2 AP: Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu. Mohon bantuan, terima kasih. | Rumus ayat pasif yang betul ialah 'Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu". Ayat pasif yang mempunyai dua objek, hanya objek tepat yang bertugas sebagai subjek.
| Tatabahasa | 20.05.2014 |
1)Ali memakai baju sukan. 2)Ali memakai kasut sukan.(dan) Gabungkan ayat tunggal. Apakah jawapannya? | 1. Ali memakai baju sukan. 2. Ali memakai kasut sukan. Ali memakai baju sukan dan kasut sukan. | Tatabahasa | 04.08.2015 |
1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. Ayat 1 @ Ayat 2 betul? 3. Kasut itu saya cuci. 4. Kasut itu dicuci oleh saya. Ayat 3 @ Ayat 4 betul? 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. Ayat 5 @ Ayat 6 betul? TQ..... | 1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. - Kedua-dua ayat ini betul. 3. Kasut itu saya cuci. - betul 4. Kasut itu dicuci oleh saya. - salah 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. - kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Saya nak pastikan ayat di bawah betul atau salah.Jika markah penuh ayat ini 2m, adakah semua ayat di bawah boleh dapat 2m?Tolong berikan penjelasan, terima kasih. 1. Ali mencuci kasut dengan sabun. 2.Ali mencuci kasut dengan air dan sabun. 3.Ali mencuci kasut dengan air sabun. 4. Ali mencuci kasut dengan air. | Untuk makluman, keempat-empat ayat yang diberikan tidak mengandungi kesalahan dan boleh digunakan. | Lain-lain | 18.05.2017 |