Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bak | Berikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
Mohamad Afiq Syazwan THURS 23:22 Mohamad Afiq Syazwan Mohamad Afiq As salam borang penyertaan hadiah sastera perdana 2015/2016 boleh dapat kat mana ya? cari kat laman web tak jumpa pun | Untuk mendapatkan borang penyertaan hadiah sastera perdana 2015/2016 sila layari laman web http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ dan klik pada bahagian atas dan klik pada gambar no. 5 (file:///C:/Users/abdulhalim/Downloads/pdfposter.pdf) | Lain-lain | 10.01.2017 |
Nasibah My RAB 12.06 PTG Salam. Nak tanya Kalau nak semak ejaan jawi, boleh rujuk kat mana ya? Sebelum ni, saya selalu rujuk kat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online Dulu "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP" sekarang dah berubah ke? | Waalaikumussalam. Untuk menyemak ejaan Jawi, puan masih boleh merujuk di prpm.dbp.gov.my, iaitu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Ejaan Jawi setiap perkataan akan terpapar bersama-sama perkataan yang dicari. | Ejaan | 24.05.2017 |
bagaimana sebutan yg betul bagi perkataan seperti mengangkat,mengambil,? adakah meng angkat atau me ngang kat, me ngam bil atau meng ambil? tkasih | Sebutan yang betul ialah: me - ngang - kat dan me - ngam - bil. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapa perkataan ma -sya-ra-kat dieja مشاركت begini. Mengapa tidak dieja مشاراكت sedangkan dalam perkataan pe-ra-ju-rit (فراجوريت) kedudukan huruf alif tidak digugukan selepas huruf ro. Begitu juga perkataan ke-ra-na (كران) masih wujud huruf alif selepas ro. Maka saya ingin persoalkan mengapa hukum sebegini tidak digunakan dalam perkataan masyarakat? Adakah ini digelar sebgai satu kelaziman bagi perkataan masyarakat ? Semoga persoalan saya mendapat pencerahan yang sewajarnya. Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami terhadap panduan ejaan Jawi tidak menemukan rumus yang berkaitan dengan soalan puan. Isunya dalam ejaan masyarakat adalah pada suku kata kedua akhir ra.kat (ma.sya.ra.kat), bukan pada huruf اselepas ر. Kami akan merujuk pihak yang lebih arif dan jika ada maklumat terbaharu akan kami e-melkan terus kepada puan. | Ejaan | 06.03.2017 |
Assalamualaikum, Saya berharap agar dialog di bawah dapat dibetulkan. Terima kasih. Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 20.10.2011 |
Yvonne May 13HB JULAI 3.29 PTG Hi, selamat ptg. Smlm saya ada buat pembayaran online utk iklan 6258/2017 dan pembayaran sudah diterima. Duit sudah ditolak tapi kat website ckap kena bayar lagi. Saya call dari pagi tadi kat phone 03-21479100 - 9400 semua tak jawab. | Pihak kami akan hubungi tuan/puan pada kadar segera. Harap maaf atas kesulitan. | Lain-lain | 26.07.2017 |
Assalamualaikum wbt. Adakah kat AROMATERAPI merupakan KATA MAJMUK? Cikgu Rizam Terima kasih. | Aromaterapi bukan kata majmuk tetapi kata nama. | Lain-lain | 11.12.2022 |
Saya nak tanya kat mana saya nak tanya untuk dapatkan khidmat nasihat ya? | Bagi mempermudah dan membantu pihak tuan untuk menyemak dan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul, pihak tuan boleh layari khidmat nasihat bahasa melalui laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, iaitu www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 22.04.2021 |
Apakah maksud peluncuran? Saya cari kat dewan bahasa pustaka official website xda maksud diterangkan dengan terperinci tapi digunakan di dalam pelancaran sesuatu majlis. TQ | Assalamualaikum wbt, Perkataan peluncuran mempunyai maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program. Perkataan peluncuran dalam konteks ini semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi bagi kata pelancaran. Dalam erti kata lain, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Disertakan beberapa contoh penggunaan kata peluncuran yang dipetik daripada Korpus DBP dan Google: Selepas majlis peluncuran dibuat, acara diskusi buku akan diadakan dan disusuli dengan slot baca cerpen. Penerbit bercadang untuk membuat peluncuran. Namun begitu, peluncuran itu akan dibuat secara dalam talian kerana negara dilanda oleh pandemik COVID-19. Yang Dipertua Dewan Rakyat menghadiri majlis peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) ... Sesi lawatan ini dimulakan dengan perasmian Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 22.11.2024 |