Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
Soalan 1 Penggunaan 'amat + Kata Adjektif + sekali' adalah betul. Adakah betul juga bagi 'amat + kata adjektif' atau 'kata adjektif + sekali'. Bagaimana pula dengan penggunaan 'paling/sangat + kata adjektif + sekali'? Adakah peraturan tatabahasa yang sama digunakan di sini? Soalan 2 Antara 'jawapan' dan 'jawaban', yang mana satu betul? Soalan 3 Apakah peraturan tatabahasa tentang penggunaan 'di...kan' dan 'di...i'? Terima kasih

1. Bentuk "paling/sangat + kata adjektif + sekali" adalah dibenarkan berdasarkan rumus tatabahasa (rujuk halaman 245 Tatabahasa Dewan di bawah tajuk kata penguat)

- paling + kata adjektif

- kata adjektif + sekali

- ter + amat/sungguh + kata adjektif

- amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali

Bagi rumus amat + kata adjektif atau kata adjektif + amat diterangkan dalam tajuk Kata Penguat (halaman 260) dan kedua-dua bentuk tersebut dibenarkan.   

2. Kata dasarnya ialah "jawab". Oleh itu bentuk terbitan yang betul ialah "jawaban". Bagaimanapun, perkataan "jawapan" sudah mantap penggunaannya. Maka kedua-dua ejaan perkataan ini betul.

Tatabahasa23.08.2011
Saya tahu bahawa kata penguat boleh hadir serentak sebelum dan selepas kata adjektif seperti 'amat pandai sekali'. Bagaimana pula dengan gabungan yang lain seperti di bawah? Yang manakah boleh diterima; yang manakah tidak? Dan mengapa? (a) Kata penguat bebas + Kata adjektif + Kata penguat belakang: (i) amat rajin sekali; sangat rajin benar; sungguh rajin nian (b) Kata penguat hadapan + Kata adjektif + Kata penguat bebas: (i) paling rajin sangat; agak rajin amat; terlalu rajin sungguh (c) Kata penguat hadapan + Kata adjektif + Kata penguat belakang: (i) paling rajin benar; terlalu rajin sekali; agak rajin nianUntuk makluman saudara, penggunaan yang dibenarkan ialah:
i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama
ii. ter + kata adjektif
iii. paling + kata adjektif
iv. kata adjektif + sekali
v. ter + (amat/sangat) + kata adjektif
vi. (amat/sangat/sungguh) + kata adjektif + sekali
Penggunaan kata penguat dan darjah penghabisan selain daripada di atas adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 244 dan 259.
Tatabahasa06.05.2012
Salaam, Saya ingin bertanya, adakah 'meluat' dan 'manja' sebuah kata adjektif? Adakah manja boleh diklasifikan sebagai kata adjektif cara? Terima KasihWaalikumsalam. "Meluat" ialah kata kerja, manakala "manja" ialah kata adjektif/kata sifat. "Manja" ialah kata adjektif sifatan.Tatabahasa21.03.2015
konkodans bagi kata adjektif cara, kata adjektif pancaindera dan kata adjektif perasaan

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, sila lihat lampiran yang disertakan.

Lain-lain02.03.2010
Apa persamaan antara kata adjektif dengan kata adverva?Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba boleh hadir di hadapan atau belakang frasa. Contohnya Kami selalu memperkatakan hal itu dan Olahragawan itu sihat sentiasa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 225 dan 289.Tatabahasa01.11.2012
Salam sejahtera,saya ingin tahu jika terdapat cara mengenalpasti jenis kata(kata adjektif,kata penguat dan sebagainya)berdasarkan kamus dewan sama ada melalui kamus itu sendiri atau penggunaan perkhidmatan atas talian.Sekian.

Untuk mengenal jenis kata kita perlu mengetahui setiap jenis kata tersebut dan fungsi/ciri-cirinya. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 90 ada diterangkan tentang kata adjektif dan kata adjektif dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut fungsi atau ciri-cirinya. Oleh itu, saudara perlu menyemak halaman berkenaan dan meneliti setiap kumpulan kata adjektif dan begitu juga dengan kelas kata yang lain.

Tatabahasa05.02.2011
Kata Penguat "nian" boleh digunakan di belakang kata adjektif seperti indah dan cantik. Bagaimana pula dengan kata adjektif lain? Adakah penggunaannya tiada had untuk kata adjektif lain? "elok nian" betul tak?Nian ialah kata penguat yang letaknya di belakang kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, dan sungguh. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, contohnya segak nian, bodoh nian.Tatabahasa11.05.2012
inginkan kepastian berkenaan kata kerja dan kata adjektif. contohnya kata 'sayang' tergolong dalam kata adjektif, namun kata 'menyayangi' pula tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja? sebabnya apa yang saya faham menyayangi seperti perbuatan untuk sayang akan sesuatu. contoh lain kata dukacita ialah kata adjektif tetapi apabila berdukacita pula menjadi kata kerja. oleh itu saya sedikit keliru, mohon pencerahan daripada pihak tuan, terima kasih.Untuk makluman puan, apabila kata adjektif menerima imbuhan, fungsi kata tersebut akan berubah mengikut konteks makna. Untuk keterangan lanjut tentang kata kerja sila rujuk Buku tatabahasa Dewan.Tatabahasa15.08.2017
kata adjektifKata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Untuk keterangan lanjut tentang kata adjektif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 .Tatabahasa08.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas