Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ucapan (kata­kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(kata-kata aluan itu) disamapaikan oleh pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa di sekolah itu. yang satukah yang betul? kata-kata alu-aluan itu, kata alu-aluan itu, kata aluan itu, kata-kata aluan itu?

Kata alu-aluan yang betul.

Tatabahasa06.08.2008
mana satukah yg betul kata alu-aluan @ kata-kata aluan. mohon bantuan.Terima kasih

Jawapan yang betul ialah kata alu-aluan.

 

Tatabahasa12.02.2011
Saya masih keliru dengan kata-kata aluan atau kata alu-aluan. Yang mana betul? Walaupun jawapan yang saudara berikan kata-kata aluan, namun jawapan Bahasa Melayu PMR Negeri Perak nemilih kata alu-aluan sebagai jawapan. Mohon saudara berikan alasan bagi jawapan yang betul. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah kata alu-aluan.Tatabahasa29.08.2008
kata alu-aluan atau kata-kata aluankata alu-aluanTatabahasa13.07.2011
kata-kata aluan atau kata alu-aluan?Yang betul ialah kata alu-aluan.Tatabahasa25.07.2008
Yang manakah antara frasa berikut mematuhi tatabahasa Melayu baku? (a) Kata-kata aluan. (b) Kata alu-aluan.Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang.Tatabahasa21.09.2006
Bolehkah saya menggunakan istilah "Titah Perutusan" sebagai ganti "Kata Alu-Aluan" oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Atau adakah istilah lain bagi "Kata Alu-aluan" yang boleh digunakan apabila merujuk kepada pihak istana?Ya, perkataan "Titah Perutusan" sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan "Kata Alu-aluan untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung.Lain-lain05.11.2014
Assalamualaikum, Tuan, 1. Manakah yang betul 'kata-kata aluan' atau 'kata alu-aluan'?Kata alu-aluan.Tatabahasa22.04.2010
salam hormat, saudara, yang manakah yang betul: 1. Pendingin hawa / Penghawa dingin 2. kata alu-aluan / kata-kata aluan 3. Awan yang gelap itu (mengandung air / mengandungi air)

Istilah/frasa yang betul ialah:

1. penyaman udara

2. kata alu-aluan

3. awan yang gelap itu mengandungi air

Istilah10.03.2009
mana yang tepat - "kata-kata aluan" atau " kata alu-aluan"Yang betul ialah Kata Alu-Aluan.Tatabahasa08.07.2008
1234567

Kembali ke atas