Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Bagi penggunaan kata ganti nama diri 'kamu' dengan 'kalian', manakah penggunaan kata yang paling tepat digunakan bagi merujuk bilangan yang ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kamu juga boleh digunakan untuk ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kalian tidak komunikatif dan jarang digunakan berbanding dengan penggunaan kata ganti nama diri kamu?Kalian bermaksud kamu semua. Apabila orang yang menjadi lawan bercakap itu ramai kata ganti nama yang betul ialah kalian atau kamu semua. Kata ganti nama diri kamu digunakan bagi orang yang lawan bercakap tetapi boleh membawa maksud anda dan anda sekalian.Tatabahasa10.06.2013
PENERANGAN MENGENAI KATA GANTI NAMA HUBUNGAN SERTA DENGAN CONTOH UNTUK MEMBERI PENJELASANUntuk makluman tuan, Tatabahasa Dewan membahagiakan kata ganti nama kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama hubungan diperkenalkan oleh Arbak Othman bersama-sama empat jenis lagi kata ganti nama. Kata ganti nama hubungan ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama dalam rangkaikata atau ayat. Walau pun bagaimanapun tidak ada huraian terperinci tentang jenis kata ganti nama tersebut.Tatabahasa13.11.2012
boleh tolong berikan contoh perkataan yang tergolong dalam kata ganti nama diri merujuk gelaran dan panggilan.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut:
1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya
Tatabahasa06.03.2013
Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri.  
2: Singkatan muka surat ialah m.s.
Tatabahasa09.05.2012
Sekolah kami mengadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Bolehkah pihak tuan mempasifkan ayat ini? Adakah subjeknya dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama mahupun Ketiga? Jika pihak tuan menggunakan contoh "adik saya" ataupun "pensel saya", sudah tentu subjeknya ialah Kata Ganti Nama Diri Ketiga.... tetapi.... Contoh "adik saya" dan "pensel saya" yang telah saya berikan memberikan tanggapan sebagai kepunyaan atau milik seseorang dan tidak termasuk orang itu sendiri. Tetapi dalam konteks "sekolah kami", subjeknya memberikan tanggapan sebagai pasukan seseorang yang menjadikan orang itu sebahagian daripadanya. Contohya, "keluarga saya" serta "pasukan saya" memberitahu kita bahawa "saya" merupakan sebahagian daripada pasukannya. Oleh itu, bukankah "sekolah kami", mahupun "keluarga saya", mahupun "pasukan saya" dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama?

Ayat pasif bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Hari Sukan peringkat sekolah diadakan oleh sekolah kami”. Subjek dalam ayat tersebut bukan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri ketiga, sebaliknya kata nama.

Kata ganti nama diri orang merupakan kata ganti nama yang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang  tertentu, iaitu:
1. Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. Kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia beliau, mereka, -nya

Tatabahasa07.08.2022
Apakah maksud kata ganti nama diri sebagai kata sapaan?Boleh berikan contoh ayat yang mengandungi kata ganti nama diri sebagai kata sapaan ini?Terima kasihKata ganti nama diri orang ketiga seperti saudara, tuan dan puan boleh menjadi kata sapaan dalam pelbagai wacana.Tatabahasa06.05.2014
adakah kata panggilan merupakan kata ganti nama diri ?Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang nerujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. 

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa17.03.2013
Adakah kata ganti diri dan kata ganti nama diri merujuk perkara yang sama?Penggolongan kata nama yang betul ialah kata ganti nama diri.Tatabahasa19.09.2024
Bolehkah berikan contoh ayat berkaitan dengan kata ganti nama diri "hamba"? Kerana saya masih keliru terhadap "patik" dan "hamba". Terima kasih..Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama "hamba" untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri "patik" apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba" pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud "saya".
Tatabahasa08.01.2014
Kata Ganti Nama Diri 'ia' digunakan untuk manusia atau binatang?Kata ganti nama diri ketiga "ia" hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara, tidak boleh digunakan untuk binatang.Tatabahasa23.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas