kata hormat bagi yang bergelar dato' yang masih bertugas sebagi penjawat awam | Dato' ialah gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara). Oleh itu, gelaran tersebut boleh digunakan meskipun masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. | Lain-lain | 30.10.2007 |
Apakah kata hormat bagi seseorang yang mempunyai gelaran doktor falsafah? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha untuk ditulis ketika membuat minit mesyuarat dan surat? | Sapaan untuk seseorang yang gelaran doktor falsafah ialah Yang Berbahagia(YBhg.). | Lain-lain | 05.06.2008 |
mohon pengesahan seperti lampiran yang disertakan. 1. perlukah penggunaan kata hormat di ruangan tandatangan perasmi. 2. Penggunaan perkataan Mantan bagi merujuk kepada bekas Datuk Bandar | 1. Tidak perlu. 2. Boleh digunakan. | Lain-lain | 20.11.2015 |
Bagi ruangan tandatangan perasmi di plak perasmian , perlu diletakkan kata hormat YBHG.DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ atau memadai DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ? | Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, pada kebiasaannya YBHG diletakkan dalam plak tersebut, seiiring dengan nama perasmi. | Lain-lain | 23.08.2015 |
Salam. Adakah boleh digunakan kosa kata "hormat" selain untuk manusia? Contohnya, menghormati masa, hormat akan alam sekitar, menghormati disiplin, hormat akan tumbuhan. Terima kasih... | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, hormat ialah 1 perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kepadanya. 2 menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang: Wajib kita ~ kepada ibu dan bapa kita. 3 sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. Bagi masa, alam sekitar, tumbuhan, frasa yang boleh digunakan ialah menghargai iaitu menghargai masa, menghargai tumbuhan dan lain-lain yang bersesuaian. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Assalamualaikum, Mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan: Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ seperti yang ditunjukkan pada Contoh 1, manakala surat kepada orang awam hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’. Surat yang khusus kepada Ketua Agensi yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah mendahulukan kata hormat dan gelaran kebesarannya seperti ‘YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’. Begitu juga bagi surat kepada orang awam yang mempunyai gelaran kebesaran. Contoh 2 menunjukkan contoh panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran. Di sini timbul kekeliruan, sekiranya Gelaran Ketua Agensi itu seperti ‘Datuk Bandar’, adakah panggilan hormat penerima atau kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’ sebagaimana Contoh 3. Sekian, terima kasih. | Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan. Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. | Lain-lain | 27.10.2016 |
Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat; berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan). Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah. Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam. | Makna | 18.02.2013 |
Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ingin meminta jasa baik Tuan/Puan untuk menyenaraikan kata - kata panggilan hormat bahasa halus seperti ayahanda, ibunda, bapanda (walaupun arkaik) yang berakhir dengan -anda, -nda, -da yang terakam dalam kamus dewan. Saya mencuba carian bestari di laman PRPM tetapi gagal. Saya ucapkan ribuan terima kasih jika pihak DBP sudi membantu saya. | Kata panggilan hormat yang lazim digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan ialah seperti ayahanda, ibunda, bapanda, kakanda, dinda, anakanda, bonda, nenda dan baginda. | Tatabahasa | 21.10.2018 |
Salam tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan 'kata panggilan hormat'? Adakah ianya merujuk 'datuk, datin, encik, puan, tan sri, puan sri, tun, tuan'?atau Yang Berusaha, Yang Arif, Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan sebagainya? Terima kasih. | Kata panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatan. Maksudnya orang yang mememiliki gelar tertentu, misalnya Datuk perlu dirujuk atau disapa dengan panggilan hormat tertentu, iaitu Yang Berbahagia. Tetapi sekiranya orang yang bergelar Datuk itu merupakan ADUN atau Senator, maka panggilan hormat yang digunakan untuk menyapa beliau ialah “Yang Berhormat’. Sila rujuk Santun Berbahasa, terbitan DBP. | Tatabahasa | 08.12.2014 |
Assalamualaikum, mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan (Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan). Kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’. Contoh 1: Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri TERENGGANU. Contoh 2: Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri TERENGGANU. Contoh 3: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Contoh 4: Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri TERENGGANU. Contoh 5: Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Kepada K.D.Y.M.M. Sultan TERENGGANU. Di atas kerjasama dan perhatian yang bersegera tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian. | Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Bagi orang yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan dalam kerajaan, maka panggilan hormat kepadanya berdasarkan pada gelar yang dimilikinya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Adat Istiadat Perdana Menteri. Sebagai contoh, orang yang bergelar Dato’ tetapi tidak memegang jawatan kerajaan dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berbahagia. Orang yang berjawatan pula, katakanlah ia menteri, maka sama ada ia bergelar atau tidak ia dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Jika ia bergelar, contohnya gelar Dato’, maka gelar itu tidak mempengaruhi panggilan hormat yang didasarkan pada jawatannya. Beliau tetap dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. | Lain-lain | 20.02.2019 |