| Dalam khidmat nasihat prpm, ada yang nyatakan "orang asli" sebagai kata nama am, dan "orang Asli" sebagai kata nama khas. Dalam carian prpm, hanya ada orang asli sebagai kata nama am sahaja. Adakah hanya "orang asli" kata nama am sahaja yang boleh digunakan atau ada kemungkinan dibolehkan dijadikan kata nama khas "orang Asli"? Mohon rujukan. terima kasih. | Perkataan orang asli sebagai kata nama am atau Orang Asli sebagai kata nama khas digunakan bergantung pada konteks dalam ayat. Jika ungkapan itu digunakan secara umum, ejaan orang asli dieja dengan huruf kecil pada pangkal huruf. Jika merujuk nama kaum, ejaan Orang Asli sebagai kata nama khas dengan huruf besar pada pangkalnya. Contoh ayat: (i) Pelancong juga boleh merasai sendiri aktiviti bersumpit dan bersewang, iaitu tarian tradisi masyarakat orang asli di sana. (kata nama am) (ii) Suku bangsa Jahai merupakan Orang Asli daripada suku Negrito. (kata nama khas) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Ejaan | 16.12.2025 |
| Mengapa frasa "hal Lain-lain" dianggap salah sedangkan masih mengikut hukum DM? | Hal ialah kata nama. Kata nama yang boleh digandakan, bukannya lain. Oleh itu, walaupun "hal lain-lain" mengikut Hukum D-M tetapi binaan katanya tidak tepat. | Tatabahasa | 19.11.2024 |
| jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti, batu karang ialah kata nama am atau kata nama khas? Sekiranya kata nama khas mengapa tidak ditulis dalam huruf besar? | Penyakit-penyakit yang disebutkan merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil melainkan pada awal ayat. | Tatabahasa | 12.04.2023 |
| Salah sejahtera, adakah "darjah 4" dikira sebagai kata nama khas atau kata nama am? Sekian, terima kasih. | Frasa “darjah empat” merupakan kata nama am. Manakala frasa “Darjah Empat Bestari”, pula merupakan kata nama khas. | Tatabahasa | 17.02.2020 |
| Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama) | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.09.2022 |
| Mengapakah perkataan 'secara' digolongkan sebagai kata nama? | Salam Sejahtera, Perkataan 'secara' tidak tergolong dalam kumpulan kata nama. Perkataan 'cara' merupakan kata nama. 'Secara' pula merupakan kata sendi nama. Penggunaan kata sendi nama digunakan bersama dengan kata nama. Sebagai contoh, Pegawai itu telah menerangkan akta tersebut kepada kami secara ringkas sahaja. | Tatabahasa | 18.06.2020 |
| Betul ke kaedah ejaan besar bagi perkataan Rakan Rujukan | Penggunaan huruf besar atau kecil bagi perkataan “rakan rujukan” bergantung pada bentuk kata nama, sama ada kata nama khas atau kata nama am. Contoh kata nama khas: Program Rakan Rujukan diadakan pada bulan Mac bagi mengalu-alukan pengedar baharu. Contoh kata nama am: Dia merupakan rakan rujukan saya sebagai pengedar baharu perniagaan jualan langsung. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 84 - 86. | Lain-lain | 22.02.2025 |
| Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? 5. Ayah saya Timbalan Ketua Polis @ timbalan ketua polis? 6. Saya ketua kelas 3A @ saya Ketua Kelas 3A? 7. Di pekan Jabi atau Pekan Jabi? Harap pihak DBP boleh jelaskan penggunaan huruf besar dan kecil dengan lebih jelas. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? Selam | Berikut merupakan penerangan bagi setiap ayat/frasa: - “Abang saya Ketua Jabatan Sumber.”, “Ketua Jabatan Sumber”, merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
- “Dia berasal dari bandar Batu Gajah.”, “bandar” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.
- “Dipersilakan Menteri Kesihatan Malaysia memberikan ucapan.”, “Menteri Kesihatan Malaysia” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
- “Saya tinggal di Kampung Mewah.”, “Kampung Mewah” merupakan kata nama khas dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
- “Ayah saya Timbalan Ketua Polis.”, “Timbalan Ketua Polis” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
- “Saya Ketua Kelas 3A.”, “Ketua Kelas 3A” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
- “Di pekan Jabi atau Pekan Jabi?”, “pekan” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kata nama khas dan kata nama am, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 84 - 86.
| Tatabahasa | 04.03.2024 |
| Salam sejahtera, Perkataan "sahibba" merupakan kata nama khas atau kata nama am?Ejaan bagi "sahibba" betul? Terima kasih. | Sahibba merupakan Kata Nama Khas. Ejaan yang betul ialah Sahibba. | Lain-lain | 15.06.2022 |
| Maaf, saya ingin bertanya. Penggunaan untuk perkataan "labu sayong", kata nama khas atau kata nama am ya? | Labu sayong merupakan jenis kata nama am. | Tatabahasa | 15.10.2025 |