Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua | 1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Makna | 02.02.2017 |
Kata nama 'orang kaya' ditulis dalam huruf besar atau tidak? contohnya : Orang Kaya Jelebu orang kaya Jelebu ataupun kalau tiada nama tempat, dan hanya merujuk pada orang tersebut..contoh : "Saya pun bersetuju dengan kata- kata Orang Kaya dan sahabat- sahabat." atau "Saya pun bersetuju dengan kata- kata orang kaya dan sahabat- sahabat." | Frasa orang kaya kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil, namun Orang Kaya Jelebu ialah kata nama khas dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 01.08.2013 |
Frasa yang betul ialah "Rumah Orang-orang Tua". Jawapan ini diberi oleh Khidmat Nasihat DBP untuk soalan "Rumah Orang Tua-Tua" atau "Rumah Orang-orang Tua". Jika ...orang-orang tua... maka 'orang-orang' di sini bentuknya jamak? Namun, jika DBP ditanya, 'orang' atau 'orang-orang' untuk bentuk jamak, jawapannya 'orang' kerana 'orang-orang' hanya merujuk orang-orangan di sawah. Tidak bolehkah penggunaan sebenar diambil kira? Banyak orang menggunakan 'orang-orang' utk merujuk jamak. Kalau terlalu disempitkan penggunaannya, ini tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kalangan penutur. | Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua, sama seperti Mesyuarat Menteri-menteri Besar. Saudara boleh menggunakan orang atau orang-orang bagi menandakan jamak. Malah korpus bahasa Melayu kerap ditemukan perkataan orang-orang bagi menandakan jamak. Walau bagaimanapun kecenderungan sesetengah penulis yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa tidak menggandakan perkataan kerana maksud tunggal atau jamaknya boleh dilihat pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Saya cadangkan DBP agar tidak menggalakkan pengguna bahasa menggunakan kata 'orang-orang' sebagai jamak kepada 'orang' kerana hal ini banyak mendatangkan kekeliruan terutama dalam penghasilan sarikata televisyen dan mengakibatkan kami syarikat media sukar menjelaskan hukum tatabahasa kepada penterjemah/pelanggan kami. Hadkan sahaja 'orang-orang' kepada maksud 'scarecrow'/'puppets' atau sebarang objek selain daripada manusia.Terima kasih. | Kata 'orang' tidak perlu digandakan kerana 'orang' boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 'Orang-orangan' bermaksud patung atau menyerupai manusia. Lihat Kamus Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Bolehkah perkataan "orang-orang" digunakan untuk menunjukkan makna ramai orang? | Dari segi tatabahasa, kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
apakah perbezaan antara bidalan dengan pepatah? | Bidalan bermaksud kata-kata yang sering kali disebut yang mengandungi nasihat peringatan dan sebagainya. Pepatah ialah peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain atau kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya. | Makna | 11.07.2011 |
Saya ingin menyoal berkenaan penggunaan perkataan 'orang-orang' dalam bahasa Melayu. Adakah perkataan tersebut sah digunakan sebagai kata jamak ataupun perkataan tersebut hanya merujuk kepada patung yang diletakkan di tengah sawah? Perkataan tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tetapi saya mendapatinya dalam satu entri Kamus Pelajar Edisi Kedua. | Kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. | Makna | 03.12.2013 |
apakah cara yang paling mudah utk membezakan pepatah, bidalan dan perbilangan? berikan contoh yg sesuai. tq | Cara yang paling mudah untuk mencari beza setiap kata ialah mengetahu makna kata tersebut. Pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. | Tatabahasa | 20.10.2010 |
Assalamualaikum Admin DBP? Saya ingin tahu berkenaan penggunaan bahasa. Saya harap sangat pihak DBP dapat beri jawapan yang lebih tepat. 1) Kayu memikul barang A. GANDAR B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK B. CHEQ 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL B. PERGEDIL Terima kasih Saya ada satu soalan lagi. Jawapan bagi soalan ni nampak mudah, tapi rasa berasa ralat sebab kehendak jawapan berbeza-beza. Spesies Ikan Kaloi A. IKAN GERUME B. IKAN GERUMI * Apa yang saya tahu, ejaan lebih tepat adalah IKAN GURAME & IKAN GURAMI. Memandangkan soalan berkehendakan jawapan seperti yang dinyatakan, saya berasa keliru. Pilihan GERUME atau GERUMI? Harap dapat bantu (soalan terakhir) | Salam 1Bahasa 1Bangsa 1Negara 1) Kayu memikul barang B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL *** ejaan yang betul ialah BERGEDEL terima kasih -ghaniabu ABDUL GHANI BIN ABU Bhg. Penguatkuasaan Sama-sama kasih. Tuan juga boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2014 |
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA? | Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua. Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi. | Tatabahasa | 06.10.2012 |