Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ist kata utk menegaskan sesuatu (spt memang, juga, sahaja, kah, pun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah cara menggunakan kata penegas dalam ayat.Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu pertama yang menegaskan hanya frasa predikat, contohnya -kah, -tah dan -lah; dan kedua yang menegaskan subjek dan predikat ayat, contohnya juga, jua dan pun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261.Tatabahasa18.04.2013
Salam hormat, saya ingin tahu adakah perkataan "begitu", "banyak"dan "belaka" digolongkan dalam tatabahasa Kata Penegas? Terima kasih.Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah.Tatabahasa22.05.2013
Sila jelaskan fungsi 'kurang' dalam ayat ini, iaitu Kopi ini 'kurang' manis, adakah 'kurang' ini merupakan kata penegas atau bukan?
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah.
Tatabahasa07.04.2017
apakah yang dimaksudkan dengan 'kata supra ayat'. apakah contoh-contoh ayat yang menggunakan 'kata supra ayat'

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata supraayat disebut sebagai kata penegas. Kata penegas ialah sejumlah ayat yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Contohnya, juga, jua, pun, dan sahaja. Contoh ayat:

1. Kami juga ingin ke pekan.

2. Encik Abu pun datang.

3. Ketua saya yang sibuk itu datang jua ke majlis perkahwinan saya.

Tatabahasa22.08.2011
Bagaimana membezakan kata penegas "tah" dengan "lah" dalam menegaskan bahagaian ayat?'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri.Tatabahasa07.09.2008
Salam, Bolehkah saudara/saudari berikan contoh perkataan lain yang boleh menerima kata penegas -tah selain apatah, bilatah, manatah, mengapatah. Terima kasih.Dalam data kami, kata penegas "tah" digunakanuntuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Oleh itu, kata tanya yang bersesuaian dengan konteks yang tersebut boleh menerima tah sebagai kata penegas, seperti yang lazim ditemukan dalam kata bilatah, apatah dan manatah. Tidak ada senarai khusus tentang perkataan berkenaan dalam pangkalan data kami.
Tatabahasa11.04.2014
Berhubung dgn pertanyaan tentang penggunaan kata partikel '-kah', menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ini turut dikenal sebagai kata penegas. Apabila kata penegas ini diletakkan di sini, iaitu Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini, adakah ayat ini gramatis... Maksudnya, perlukan diletakkan perkataan 'jumlah' menjadi, Berapakah jumlah peserta yang ...... Terima kasih.Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini? - ayat ini betul Tatabahasa08.08.2011
Di manakah kata penegas 'juga' patut digunakan: 1. Saya juga amat menyukai aiskrim. atau Saya amat menyukai aiskrim juga. Ayat manakah betul: 2. Ali balik daripada menjala ikan. atau Ali balik dari menjala ikan.

1. Saya juga amat menyukai aiskrim, dan Saya amat menyukai aiskrim juga. - kedua-dua ayat ini betul, kata penegas juga boleh hadir sebelum atau selepas subjek.

2. Ali balik daripada menjala ikan. - ayat ini yang betul.

Tatabahasa07.07.2010
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.

Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. 

Berikut penggunaan yang betul.
a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu?
Tatabahasa16.08.2013
Apakah formula penggunaan kata penegas 'kah' dalam kata tanya? Contoh: yang manakah paling tepat, "Berapa orang pesertakah yang akan menyertai ekspedisi ini?" atau "Berapa orangkah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih.

Untuk makluman, -kah merupakan partikel bukannya kata penegas. Bagi bentuk bahasa tulisan, partikel -kah harus diletakkan pada kata tanya yang dikedepankan. Ayat tanya yang betul dalam soalan anda harus ditulis sebagai " Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?".

Tatabahasa08.08.2011
123456789

Kembali ke atas