Adakah perkataan terpegun kata seerti bagi perkataan terpesona? Jika tidak, apakah kata seerti untuk terpesona? | | Makna | 27.03.2018 |
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..? | Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain. | Lain-lain | 02.02.2013 |
Pandangannya kurang jelas kerana dia tidak memakai kaca mata. Kata seerti bagi perkataan jelas ialah A. cerah B. jernih C. terang D. tajam | Saudara, Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar dan jaleh. Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudara penggunaan terang adalah yang paling tepat. Pandangannya kurang terang kerana dia tidak memakai kaca mata. | Makna | 22.10.2012 |
Slm, berikan saya contoh kata seerti penahanan"" Dan "pertahanan"..? | penahanan seerti dengan pengekangan, pertahanan seerti dengan pembelaan. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk lebih lanjut. | Makna | 18.02.2013 |
Boleh saya tahu sama ada ciri-ciri dan pola adalah kata seerti atau tidak? | Salam sejahtera, Ciri-ciri dan pola bukan perkataan seerti. Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 18.06.2019 |
Mengapa 'pemayur' sudah tidak dipadankan pada entri 'vegetarian' dalam istilah bahasa Melayu PRPM? | Istilah "pemayur" masih terakam dalam bahasa Melayu dan diberi kata seerti dengan "vegetarian". | Istilah | 29.08.2019 |
Mohon semakan makna dan kata seerti bagi "kebitaraan"?. Contoh ayat diterima adalah tajuk surat "memohon sumbangan kewangan bagi pembiayaan kebitaraan sofbol". | Bitara bermaksud tiada tara, tiada contoh penggunaan perkataan kebitaraan dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun mengambil konsep makna kata terbitan daripada apitan ke-...-an dengan kata dasar membawa maksud perihal bitara. Penggunaan kebitaraan dalam konteks ayat tersebut kurang tepat. | Makna | 15.05.2017 |
Salam... Apakah kata ganti nama yang paling sesuai untuk perkataan Islami. Ini kerana beberapa atikel menggunakan perkataan tersebut ada dituliskan namun tiada kata seerti tersenarai di dalam sistem DBP. Adakah wajar perkataan ini terus digunakan jika belum diwartakan dalam daftar kata bahasa melayu. Sekian, terima kasih. | Perkataan Islami tidak terdapat dalam Kamus Dewan atau mana-mana sumber terbitan DBP. Mohon saudara nyatakan dalam artikel mana atau bagaimana penggunaan perkataan ini dalam artikel yang saudara baca bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Istilah | 27.06.2010 |
Saya sedang membuat kajian tentang sinonim. Salah satu masalah yang saya hadapi ialah perbezaan antara perkataan semua dan segala. Saya berharap agar DBP dapat membantu saya dalam masalah ini. Terima kasih. | Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, atau kata seerti (Kamus Dewan Edisi Keempat). Makna semua ialah segenap, setiap, seluruh selain maknanya segala. Manakala segala juga ada bermaksud semua selain bermakna seluruh, segenap dan serba. | Makna | 06.08.2007 |
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'? | Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu. | Tatabahasa | 16.04.2008 |