Assalamualaikum, Apakah cara untuk lihat dokumen - dokumen yang menunjukkan kata sepakat yang berlaku dalam sidang - sidang MABBIM? | Waalaikumussalam, Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keputusan MABBIM, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan melalui talian 0321479160 (Puan Emyliza). Sekian terima kasih | Lain-lain | 19.02.2017 |
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"? | Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat. | Tatabahasa | 01.11.2009 |
Salam, bolehkah saudara@saudari maklumkan saya simpulan bahasa yang bermula dengan 'jalan' selain jalan tengah & jalan belakang berserta maksudnya? Terima kasih. | Contoh yang lain ialah jalan buntu yang bermaksud tidak ada kata sepakat dan jalan bahasa bermaksud cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus simpulan bahasa yang banyak terdapat di pasaran. | Lain-lain | 02.05.2013 |
Maksud Peribahasa, Sesat Di Hujung Jalan, Balik KE Pangkal Jalan | Peribahasa Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal. Takrif Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Lain-lain | 11.05.2009 |
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasih | Peribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Makna | 26.08.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat. | Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan. Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. | Makna | 05.01.2019 |
Assalamualaikum, Bolehkah ayat dimulakan dengan "yang", contohnya, "Yang penting, kita mesti sepakat...." | Ayat boleh dimulai dengan kata hubung pancangan relatif yang. Ayat Yang penting kita mesti sepakat betul. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252. Dua contoh lain penggunaan yang pada awal ayat adalah seperti yang berikut: (i) Yang berjaja kain itu jiran saya. (ii) Yang indah itu bahasa | Tatabahasa | 14.12.2018 |
sebagai guru saya diajar (semasa berkursus) dan mengajar anak murid saya kata ganti nama diri ia hanya untuk menggantikan manusia, tetapi dalam berita ia digunakan untuk menggantikan semua perkara di dunia ini. Mengapa kita tidak ada kata yang sepakat dalam hal ini? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata? | Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah. Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik. | Istilah | 11.01.2015 |
apakah maksud bertunjangkan keharmonian? | Salam sejahtera, Bertunjangkan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berasaskan, berdasarkan, bersandarkan manakala keharmonian berasal dari kata dasar harmoni bersinonim dengan bahagia, rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat">sepakat. Keharmonian menurut Kamus Dewan pula bermaksud, keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian, kemesraan. Oleh itu, bertunjangkan keharmonian boleh disamaertikan dengan berasaskan kemesraan, berdasarkan kesejahteraan dan berasandarkan kebahagiaan. | Makna | 01.11.2012 |