Adakah terdapat perbezaan makna antara kata seru ` wah` dengan ` amboi `? Terima kasih. | Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya. | Tatabahasa | 03.05.2009 |
apakah perbezaan antara kata seru wah dengan amboi | Kata amboi merupakan kata seru untuk menunjukkan rasa hairan(kasihan dll.) atau untuk mengusik seseorang. Kata wah merupakan kata seru untuk menyatakan kehairanan(terkejut), kagum,dll.) Perbezaan penggunaan kedua-dua kata seru ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut: i. Amboi, lajunya kereta ini! ii. Amboi, cantik sungguh awak hari ini! iii. Wah, dahsyat sungguh! iv. Wah, bukan main banyaknya wang masuk! Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 27.02.2009 |
1) Adakah 'alah', 'alamak', 'ish', 'huh', 'erm' itu kata seru? 2) Dalam penulisan rasmi, kata seru harus ditegakkan atau dicondongkan? | 1. Alah, alamak, is dan huh merupakan kata seru. 2. Ditegakkan. | Lain-lain | 27.10.2015 |
Apakah perbezaan penggunaan kata seru wah dan amboi dalam ayat? Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan(kasihan dll) atau untuk memujuk. wah juga merupakan kata seru yang menunjukkan kehairanan(terkejut,kagum, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duannya dan kadangkala boleh bertukar ganti dalam ayat ini seperti:. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! | Tatabahasa | 06.05.2014 |
APAKAH KATA SERU YANG SESUAI BAGI:- COMELNYA ADIK KAMU?ADAKAH BOLEH OH..TERIMA KASIH. | Puan Lynnie, Untuk makluman puan, kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perasaan. Ia digunakan dalam ayat seru. Berkaitan dengan pertanyaan puan, kata seru amboi lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kagum atau hairan. Oleh itu, ayat puan dibina seperti yang berikut: 1. Amboi, comelnya adik kamu! 2. Amboi, mahal sekali pakaian ini! Manakala, kata seru oh lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kecewa, terkejut, hairan dan sebagainya . Misalnya; 1. Oh, sanggup engkau berbuat begitu! 2. Oh, baru aku teringat! 2. Oh, baru aku teringat! | Tatabahasa | 28.05.2009 |
Aduh, letihnya saya hari ini! Apakah kata seru yang betul untuk menggantikan 'aduh'? Terima kasih! | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata seru aduh digunakan untuk menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan). Sehubungan dengan itu, kata seru aduh digunakan kerana ayat yang saudara kemukakan itu berbentuk keluhan. | Istilah | 07.07.2009 |
saya noppadol salehnoi sedang berajar University Fatoni selatan Thailand. ingin bertayaan DBP tentang Tatabahasa.apakah kata seru? terima kasih | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 22.12.2013 |
Assalamualaikum. 1. Apakah perbezaan kata seru ' Wah' dan 'Amboi' dalam ayat. 2. Boleh sertakan contoh ayat sekali. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan(kasihan dll) atau untuk memujuk. wah juga merupakan kata seru yang menunjukkan kehairanan(terkejut,kagum, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duannya dan kadangkala boleh bertukar ganti dalam ayat ini seperti:. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Apakah kata seru yang sesuai untuk menggambarkan bunyi batuk? | Kata seru berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan tidak termasuk untuk menggambarkan bunyi batuk. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
Saya Muhammad faezeen Latiff. Sedang belajar bahasa Melayu dasar. Di Universiti fatoni Thailand. Ingin bertanya DBP tentang tata bahasa. Apakah kata seru? Terima kasih. | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 08.12.2013 |