apakah yang dimaksudkan dengan 'kata supra ayat'. apakah contoh-contoh ayat yang menggunakan 'kata supra ayat' | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata supraayat disebut sebagai kata penegas. Kata penegas ialah sejumlah ayat yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Contohnya, juga, jua, pun, dan sahaja. Contoh ayat: 1. Kami juga ingin ke pekan. 2. Encik Abu pun datang. 3. Ketua saya yang sibuk itu datang jua ke majlis perkahwinan saya. | Tatabahasa | 22.08.2011 |