Sila jelaskan makna kata kerja terbitan dan berikan contoh-contoh kata kerja terbitan. Terima kasih . | Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu: 1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi. 2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi. 3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi. 4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
Salam Sehati Sejiwa, 1. Apakah beda KATA DASAR dan KATA TUNGGAL? 2. Mohon diberikan contoh bagi KATA DASAR dan KATA TUNGGAL. 3. Kata 'bekalan' ialah golongan kata apa? 4. Mohon diberikan contoh kata terbitan yang berfungsi sebagai kata dasar, iaitu apabila diletakkan imbuhan menjadi kata terbitan juga. Terima kasih. | 1. Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan). 2. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 3. Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu: 1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi. 2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi. 3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi. 4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69. | Tatabahasa | 12.09.2015 |
Salam ... Saya Mohd Roslan Abdul Ghani ... email saya : roslan.arrakiti68@gmail.com saya dapati Bahasa Melayu masih kekurangan kata-kata terbitan seperti berpanduan tidak ada sedangkan berturutan ada, juga beruntunan tidak ada tetapi berderetan ada. begitulah selainnya. Adakah saya silap maka tolong betulkan. Tetapi pada pendapat saya kita kena perbanyakkan lagi kata-kata terbitan moga-moga bahasa melayu lebih dimartabatkan, insya Allah. terima kasih | Terima kasih atas makluman saudara. Pihak DBP mengambil maklum dan akan mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian yang berkaitan. | Istilah | 20.04.2009 |
Bagaimanakah wujudnya "kata terbitan" bahasa Melayu dan apakah ciri-ciri yang membentuk "kata terbitan" | Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan,iaitumendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Apa beza antara kata terbitan dan kata nama? adakah kedua-duanya sama atau berlainan? Bagaimana cara pengunaannya ?apakah semua kata dasar yang berimbuhan akhiran -an- akan jadi kata terbitan? tolong terangkan maksud kata terbitan! | Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, seperti nama orang, tempat, benda, haiwan atau konsep. Manakala kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan termasuklah kata dasar yang digandingkan dengan imbuhan -an. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 85 dan halaman 106. | Tatabahasa | 27.02.2009 |
Merujuk Daftar kata Bahasa Melayu edisi kedua, m/s 22 tentang definisi kata terbitan. ' Kata terbitan ( atau kata turunan) ialah kata dasaryang berimbuhan ( mempunyai awalan, sisipan, akhiran atau apitan), atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Boleh tak tuan jelaskan ' ..atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain'? terima kasih atas bimbingan selama ini dan seterusnya. | Dalam bahasa yang mudah difahami kata terbitan ialah kata yang terjadi/terdiri daripada kata akar dan imbuhan yang disatukan. Untuk mendapatkan maksud petikan tersebut sila rujuk penulis/penyusun Daftar Kata tersebut. | Lain-lain | 05.06.2010 |
Disini saya mempunyai soalan tambahan. Bolehkah Kata Bilangan hadir dengan pelbagai jenis Kata Terbitan? Contohnya. Kata Bilangan Himpunan "kedua-dua". Boleh hadir dengan Kata Terbitan seperti: 1. Kedua 2. Berdua-dua 3.Berdua Jika boleh, adakah selepas hadir dengan pelbagai kata terbitan, perkataan tersebut masih dikira sebagai Kata Bilangan. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kami ingin membetulkan istilah yang tuan gunakan. Bukan Kata Terbitan tetapi imbuhan atau awalan. Kata bilangan "dua" apabila ditambah dengan pelbagai imbuhan akan kekal sebagai kata bilangan, tetapi berubah dari segi ciri maknanya mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 17.08.2016 |
Menurut tatacara pembentukan kata terbitan yang kata dasarnya bermula dengan deretan huruf “sy”, imbuhan yang terlibat antaranya “men-“, “men-…-kan”, “pen-“, dan “peN-…-kan” untuk membentuk kata seperti “mensyampu”, “mensyaratkan”, “pensyarah”, dan “persyarikatan”. Namun, didapati tatacara ini tidak dipatuhi sepenuhnya bagi kata dasar “syair”; kata terbitan yang dirakamkan dalam Kamus Dewan Ke-4 (KD4) antara lain; “mensyairkan”, “pensyair”, “penyair”, “kepenyairan”. Hanya dua kata terbitan pertama sahaja menurut tatacara tersebut, sementara yang lain nampaknya kekecualian. Persoalannya, adakah kata terbitan yang tidak/belum dirakamkan dalam KD4, iaitu “menyair”, dan “kepensyairan” dapat gunakan? Mungkin “menyair” diterbitkan dengan asas bahawa kata ini berupa kekecualian sebagaimana “kepenyairan”, manakala “kepensyairan” pula diterbitkan dengan asas bahawa pengimbuhan inilah yang menurut tatacara sebenar. Sudah tentu yang lama boleh dikekalkan supaya terdapat pilihan, sama ada “menyair” atau “mensyair”, dan “kepenyairan” atau “kepensyairan”, sebagaimana ada pilihan bagi kata terbitan “jawaban” atau “jawapan”, “pelibatan” atau “penglibatan”, “pembelajaran atau pemelajaran” dsb. Pada pendapat saya, supaya “pensyair” dapat digunakan dengan “rasa baku” berbanding “penyair”, kata terbitan “kepensyairan” juga harus wujud dalam Kamus Dewan Keempat. Sekian. Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Seperti yang tuan maklumi kata penyair dan kepenyairan ialah kekecualian dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Merujuk pangkalan data kami tidak ada contoh penggunaan perkataan kepensyairan dan ada satu contoh penggunaan menyair oleh penerbit bukan DBP. Cadangan tuan agar kata menyair dan kepensyairan diamasukkan dalam entri kamus yang akan diterbitkan akan kami kemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Perkamusan. Hal ini akan ditangani oleh Bahagian Perkamusan, sama ada menerima cadangan tuan atau sebaliknya perlu ada justifikasi yang mewajarkannya. | Istilah | 27.11.2012 |
apakah maksud kata terbitan dan contoh-contohnya | Kata dasar yang menerima imbuhan (awalan/akhiran/apitan) akan menghasilkan kata terbitan. Contohnya apitan peN-...-an digabungkan dengan kata dasar laksana akan menghasilkan kata pelaksanaan dan pelaksanaan adalah kata terbitan. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Perlantikan atau pelantikan yang betul. Terima kasih | Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-...seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikansebagai pentaksir sekolah. | Lain-lain | 21.12.2017 |