Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara kata tunggal dan bentuk kata tunggal?Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat atau buku*. Tatabahasa17.02.2023
Adakah pola kata tunggal dengan dua suku kata kv + kkvk dikira sebagai kata tunggal? Contohnya perkataan banyak, sangat, dengan?Perkataan "banyak", "sangat" dan "dengan" merupakan kata tunggal dengan pola dua suku kata KV + KKVK.Lain-lain26.09.2021
. Menurut Tatabahasa Dewan cetakan 2003 terdapat 80 kata kerja tunggal. saya ingin mendapatkan senarai kata kerja tunggal tersebut.

Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata.   Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori;

     (i)  Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya

    (ii)  Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil,

    (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat

    (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya,  bijaksana, muzakarah

Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2008).

 

Tatabahasa21.05.2009
Bagaimana hendak menentukan kata kerja itu berbentuk kata kerja tunggal atau tidak? Mengapakah kata kerja 'duduk' itu dianggap kata kerja tunggal tetapi tidak dengan 'berdiri'? Terima kasih.

Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata.   Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori;

     (i)  Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya

    (ii)  Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil,

    (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat

    (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya,  bijaksana, muzakarah

Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga.

Tatabahasa23.10.2013
Assalamualaikum & selamat pagi, Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.

1. Membezakan kata tunggal dengan kata dasar satu langkah yang menyulitkan kefahaman sebab kata tunggal ada juga bentuk dasarnya. 
2. Terdapat empat jenis/bentuk kata: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Keempat-empat jenis/bentuk kata ini ada kata atau bentuk dasarnya. 
3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat, buku*. 
4. Kata dasar ialah kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan. Kata tunggal *buku* boleh menerima imbuhan akhiran *-kan* lalu terbentuk *bukukan*. 
5. Jelas,  kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa imbuhan. Bentuknya sama ada satu suku kata (misalnya bab) atau lebih. 
6. Konsep kata dasar timbul apabila pengguna bahasa mahu menganalisis makna kata terbitan, misalnya *nyanyikan* dapat dicerakinkan kepada kata dasar *nyanyi* dengan  imbuhan akhiran kata kerja *-kan*.

Secara analoginya: Membandingkan kata tunggal dengan kata dasar seperti membandingkan  kereta dengan stereng. Sepatutnya kita membandingkan kereta A dengan kereta B dan sebagainya.
Tatabahasa16.01.2018
Adakah kata nama khas seperti Praklong merupakan kata tunggal? sekiranya ya, adakah itu bermaksud Puteri Onang Minang Hang turut diterima sebagai kata tunggal dengan 8 suku kata?? Adakah puteri termasuk dalam kata nama khas tersebut? atau "puteri onang minang hang" terdiri daripada dua kata nama khas? Bagi kata tunggal yang terdiri daripada kata nama khas, adakah terdapat had suku kata?Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Berdasarkan huraian tersebut kata praklong jelas tidak menerima sebarang imbuhan dan boleh dikategorikan sebagai kata tunggal, manakala nama Puteri Onang Minang Hang tidak termasuk dalam kategori kata tunggal kerana menerima kata dasar yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 47.Tatabahasa10.03.2013
Adakah perkataan-perkataan di bawah ini merupakan kata tunggal? a. cat b. krim c. ambil d. suara e. suka terima kasihCat, krim, ambil, suara  dan suka merupakan kata tunggal. Untuk pengetahuan tuan, kata tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas shaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap.Tatabahasa25.07.2018
yang dan dengan adakah kata tunggal ?Ya, kedua-duanya merupakan kata tunggalTatabahasa17.07.2019
Umur Aina dan Ainin adalah sebaya kerana mereka berdua kembar. Maaf, saya ingin bertanya tentang kata tunggal yang terdapat di dalam ayat tersebut. Selain perkataan umur, adakah perkataa kembar juga adalah kata tunggal juga?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tunggal.Tatabahasa02.06.2020
Adakah kata tunggal merupakan bentuk kata yang boleh menerima imbuhan? Dan apakah perbezaan antara kata tunggal dan kata dasar?Kata dasar ialah kata akar (kata yang belum diberi apa-apa imbuhan) atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan seperti dagang dan perdagangan. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau ka dasar yang lain, seperti itu dan sudah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 47.Tatabahasa11.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas