| Tuan/Puan, Tolong beri nasihat sama ada PENGGUNAAN "DI" DAN "DI ATAS" dalam ayat-ayat berikut (saya cari dari korpus DBP) masih dikira betul dari segi tatabahasa sekarang? 1.Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut di masa hadapan. 2.Kertas So'alan ini akan termasok: (a) so'alan2 di-atas buku2 yang di-tetapkan. (243) 3.Lampu2 letrik yang terpasang di-atas kepala-nya itu pun terasa bagiru malap sa-kali, sa-hingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masok ... 4.hari sa-makin gelap bintang2 mulai timbul berkelip2 di-atas langit, udara sejok mulai menyelaputi rumah yang baharu sa-bentar di-alami oleh keganasan tentera facis-timor itu. 5. Dia berada di atas kapal/ Dia berada di dalam kapal? Sekian,terima kasih. | Untuk mendapatkan contoh penggunaan ayat yang tepat hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan atau buku Tatabahasa Dewan (Edisi Sekolah Rendah). Korpus ialah rakaman data termasuk data lama dan mengekalkan bentuk kata dan ayat yang digunakan. Penggunaan ejaan, kata sendi nama "di" dan frasa "di atas" dalam contoh yang diberikan tidak tepat. Ejaan dan ayat dalam contoh yang diberi telah diperbaiki: 1. Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut pada masa hadapan. 2. Kertas Soalan ini akan mengandungi: (a) soalan daripada buku-buku yang ditetapkan. 3. Lampu elektrik yang terpasang di atas kepalanya itu pun terasa begitu malap sekali, sehingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masuk. 4. Hari semakin gelap bintang mulai berkelip-kelip di udara. Udara sejuk mulai menyelaputi rumah yang baharu sebentar diserang oleh tentera facis-timur itu. 5. Dia berada di dalam kapal. | Tatabahasa | 17.08.2015 |
| A'kum, saya ingin tahu samada DBP ada menyediakan khidmat kamus dwi-bahasa online Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. bagi saya yang bertugas di jabatan kejuruteraan dengan syrikat awam, kamus online ini amat berguna khususnya untuk menterjemahkan material dari bahasa melayu ke bahasa lain. saya berharap dengan adanya kamu dwi-bahasa itu, ia akan memberi kelebihan untuk semua masyarakat. Terima Kasih Fisol | Untuk makluman tuan DBP sedang menyiapkan Kamus Melayu - Inggeris (alan terbit), yang ada Kamus Inggeris - Melayu dan Kamus Melayu - Melayu. Untuk bentuk istilah (dalam pelbagai bidang) tuan boleh layari laman web DBP, klik pada ISTILAH untuk carian kata seterusnya. Kami mengharapkan kemudahan ini dapat membantu saudara melaksanakan tugas seharian, terima kasih. | Lain-lain | 27.05.2008 |