Salam, saya memerukan penerangan bagi maksud dan contoh setiap perkara di bawah: a. Tagline b. Motto c. Slogan | Tagline ialah slogan, iaitu kata-kata keramat yang dijadikan pegangan atau disebut juga cogan kata. Moto ialah cogan kata. Ini bermakna tagline dalam bahasa Melasyu ialah slogan atau cogan kata atau moto. | Makna | 22.11.2012 |
Bilakah guru besar dieja huruf besar atau huruf kecil dan mengapa? Terima kasih. | Perkataan guru besar merupakan kata nama am yang ditulis dengan huruf kecil. Tetapi ditulis dengan huruf besar apabila kata khas. Contohnya; Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 05.12.2012 |
Ejaan yang betul 1.Guru Besar atau Guru besar Ayah saya seorang Guru Besar atau Ayah saya seorang Guru besar | Ayat yang betul ialah Ayah saya seorang guru besar. Guru besar ialah kata nama am, Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 18.01.2012 |