Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta.kan] | کاتاکن

Definisi : 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamak­nya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(24)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
katakan anak saya selalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makanannya, saya nak dia makan dengan cepat sedikit, bagaimana saya harus cakap dengan dia, boleh saya cakap "cepat makan". terima kasih.Dalam konteks tidak rasmi (bahasa percakapan), tuan boleh menggunakan bahasa yang difahami seperti "cepat makan" (suruhan). Walau bagaimanpun dalam konteks rasmi seperti binaan ayat suruhan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, tuan boleh menggunakan bentuk ayat seperti "ibu menyuruh anaknya menghabiskan makanan dengan segera".Tatabahasa23.08.2013
Katakan saya maknakan 'value co-creation' = ' nilai cipta-sama'. Apakah peranan '-' dalam english sama dgn BM. Apakah perlu '-' dalam penulisan.Dalam penulisan bahasa Melayu tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat ysang telah diapit tanda petik (" "). Untuk penggunaan tanda petik tunggal dalam bahasa Inggeris, sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain22.02.2012
Mohon berikan terjemahan BI untuk pantun ini Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. Terima kasihMohon maaf tuan/puan, kami tidak memberi perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk bantuan tersebut. Terima kasih.Lain-lain25.09.2018
1. Tanda baca yang mana satu yang tepat: a) ".... kamu katakan itu." Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya. b) ".... kamu katakan itu," Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya.Jawapan yang betul ialah b.Ejaan22.08.2011
Saya sedang membuat poster. Perkataan dalam poster seperti berikut Katakan tidak kepada penggunaan polisterina dan plastik di kampus FRIM Bawa bekas makanan sendiri Adakah betul atau ada kesilapan.Katakan tidak kepada polistirena dan plastik dalam kawasan FRIM. Bawa bekas makanan sendiri. Tatabahasa28.12.2010
Di sini saya blh katakan yang pendirian DBP adalah tidak tetap. senang cerita, tiada pendirian. cthnya : saya search ejaan utk perkataan Wifi. jadi, saya klik pd 'Khidmat Nasihat'. Ejaan yang saya jumpa:1) Wifi2) wifikat sini jelas, DBP tidak ambil kisah dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Saya boleh katakan kat sini yang bahasa Melayu sangat agresif dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Terima kasih. Saya cuma inginkan kepastian tentang ejaan sebenar Wifi. Bukan perkataan ini sahaja. Banyak lagi perkataan lain yang sama dengan soalan saya ni.Jadi, saya nak tekankan disini, pihak DBP, PRPM sila cakna dengan penulisan anda. kerana laman web prpm ni satu-satunya pusat rujukan untuk bahasa Melayu. Diterima pada : 3/26/2017 10:32:48 AMDalam istilah Teknologi Maklumat tercatat perkataan Wi-Fi. Wi-Fi ialah jenama dan ejaannya standard di seluruh dunia, bagaimanapun dalam carian kami pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan.Ejaan26.03.2017
Apa yang di katakan Bahasa Rasmi?Bahasa rasmi ialah bahasa yang diisytiharkan dan disahkan oleh kerajaan.Makna25.07.2007
apa yang di katakan dengan laras bahasa perakaunan?Menurut Kamus Dewan, laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunannya. Laras bahasa perakauanan ialah variasi bahasa yang digunakan dalam bidang perakaunan. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mendapatkan maklumat daripada buku Tatabahasa Dewan. terima kasih.Makna08.09.2006
Saya mempunyai kekeliruan tentang kata kerja transitif. Di katakan bahawa kata kerja transitif aktif memerlukan objek selepas kata kerja. Contoh 1: Adik sedang makan ayam goreng di dapur Di mana ayam goreng merupakan objek. Contoh 2: Ayah sedang makan di atas rumah. Di mana tiada objek. Adakah ayat pada contoh 2 salah. Sekiranya ayat tersebut betul, saya inginkan penjelasan lebih lanjut. Terima kasih.Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut selepas kata kerja. Ayat pertama objeknya ialah ayam goreng. Ayat kedua juga merupakan ayat transitif dengan kata kerjanya makan. Dalam ayat kedua ini berlaku pengguguran atau peniadaan  objek(object deletion). Tatabahasa19.03.2008
Salam. 1) Boleh tolong jelaskan penggunaan adalah vs ialah. 2) Dalam contoh ayat berikut, adakah penggunaan 'ialah' betul? "Apa yang tuan katakan ialah tuan akan batalkan perjanjian itu tak kira sama ada mereka langgar undang-undang atau tidak." Terima kasih.Untuk makluman, ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Dalam ayat contoh di atas, penggunaan kata pemeri yang betul ialah kata pemeri ialah. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri tersebut boleh digugurkan seperti ayat yang berikut:

"Apa-apa yang tuan katakan akan membatalkan perjanjian itu tidak kira sama ada mereka langgar undang-undang atau tidak."
Tatabahasa27.08.2017
1234

Kembali ke atas