Apakah jenis kata bagi istilah pengkatalogan, mengkatalog dan katalog (samada kata nama, kata kerja dsbgnya). Di antara istilah ini yang mana satu menunjukkan proses. Terima kasih. | Katalog ialah kata nama, mengkatalogkan ialah kata kerja dan penkatalogan ialah kata nama yang menunjukkan proses membuat katalog. | Tatabahasa | 26.07.2011 |
Apakah beza dan peranan bagi kamus-kamus ini: 1) Kamus Dewan (edisi ke-4) 2) Kamus Dwibahasa (edisi tahun 2001 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) c) Kamus (dwibahasa) Inggeris-Melayu Dewan (edisi 2002 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) Adakah dari segi nama? atau pengguna? dsb? Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kamus ekabahasa(satu bahasa), kata masukan dan huraian dalam bahasa Melayu. Kamus Dwibahasa dan Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah kamus dwibahasa(dua bahasa), kata masukan dalam bahasa Inggeris dan huraian dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 13.02.2008 |
saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih | Salam, Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik Katalog Awam dalam Talian. Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian. Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan. Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268). | Lain-lain | 26.01.2011 |
apakah maksud dan etimologi perkataan 'angka' dan 'kira'? | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Maklumat yang diperlukan oleh saudara dapat diperoleh secara lebih terperinci melalui rujukan pada Kamus Dewan DBP dan juga mengunjungi laman web DBP dan klik pada katalog awam dalam talian. carian bahan dapat diperoleh melalui katalog awam dalam talian. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Makna | 06.01.2007 |
macam mana untuk mendapatkan sumber tesis secara online? | Saudara boleh merujuk Katalog Perpustakaan Atas Talian seperti gemilang.ukm.my/, www.umlib.um.edu.my/ , lib.iium.edu.my untuk mendapatkan bahan tersebut. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Bagaimana cara mengakses bahan OPAC | Saudara boleh melayari Laman web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ) untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 21.04.2010 |
artikel mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak dan masalah pendengaran terdapat dalam keluaran mana dalam majalah DBP | Saudara boleh merujuk Katalog Awam dalam Talian yang dikendalikan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP yang boleh dicapai melalui laman web DBP. | Lain-lain | 08.10.2007 |
PERANAN GURU SEBAGAI PELAJAR. GURU SEBAGAI PELAJAR SEPANJANG HAYAT. NYATAKAN 5 RASIONALNYA DALAM KONTEKS DAN ALAM PENDIDIKAN | untuk makluman, saudara boleh melayari Laman Web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ). Sehingga kini, hasil carian kami sebanyak 526 judul hasil tulisan penulis tentang "Guru". Oleh itu, sdr. dinasihatkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mendapatkan makalah yang berkaitan dengan "guru". | Lain-lain | 30.11.2007 |
Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut tentang bahasa kiasan? | Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Terdapat banyak bahan bacaan berkaitan dengan bahan kiasan atau saudara boleh melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan klik pada bahan carian. Tajuk-tajuk berkaitan bahan yang dicari akan dipaparkan pada skrin. | Lain-lain | 19.10.2007 |
Saya perlukan peribahasa yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Tolong hantarkan segera. | Mohon agar saudara membuat rujukan pada buku Peribahasa Bahasa Melayu. Bagi membantu, saudara boleh melayari laman web DBP di www.dbp.gov.my, klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan carian dapat diperoleh melalui laman web tersebut, atau membuat rujukan pada buku-buku terbitan DBP yang lain. | Lain-lain | 07.10.2007 |