Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif? | Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'." | Ejaan | 20.09.2011 |
Bagaimana mencerakinkan perkataan ini mengikut suku katanya? a. makanan b. perbualan c. biola terima kasih. | Perkataan yang berikut dipisahkan seperti yang berikut: ma.kan.an dan per.bu.al.an. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
Apakah golongan kata bagi perkataan ' pemarah'? | Golongan katanya ialah kata nama am. | Tatabahasa | 12.04.2009 |
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'." | Ejaan | 20.09.2011 |
saya ada beberapa perkataan yang ingin tanya tentang suku katanya. ialah, main, suatu, tuan, siapa, akhir, kesian, tiada, dia, setiap, keluar, semua, ria, kemudian, buah. minta reply asap. tq. | Main, sua - tu, tuan, sia-pa, a-khir. Untuk menyemak sebutan dan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi. | Lain-lain | 07.05.2010 |
Terdapat buku cerita kanak-kanak dipasaran yang bersuku kata berlainan suku katanya. Contohnya perkataan :- "Perempuan" Sukukata yang mana satu betul? adakah "Pe-rem-pu-an" atau "Pe-rem-puan". | Suku kata yang betul ialah pe-rem-puan. Untuk keterangan lanjut berkenaan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2008). | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Assalamualikum, Perkataan 'mop' ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tetapi tiada turunan katanya. Dalam salah satu soalan untuk UPSR, perkataan 'mengemop' digunakan dalam ayat: Ali mengemop lantai itu. Bolehkah perkataan 'mengemop' digunakan secara bertulis sedangkang perkataan itu tiada dalam Kamus Dewan? | Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop boleh menjadi mengemop. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah?? | Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Boleh terangkan secara terperinci bagi kata - kata berikut apakah golongan kata atau kelas katanya:- 1)Dan 2)Atau | 'dan' dan 'atau' tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gaungan. Contoh ayat ialah; Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 251/252. | Tatabahasa | 19.08.2009 |