Pada beberapa hari yang lepas, saya telah pergi ke Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Negeri Johor. Ketika Pengacara Majlis mengumumkan para pemenang, dia tidak menyebut kategori-kategori yang dipertandingkan tetapi dia menyebut Piala Tahtum, Piala Tahtim, Piala Wainab, Piala Kopak, dan Piala Taksim. Kalau saudar boleh menolong saya apakah maksud Tahtum, Tahtim, Wainab, Kopak, dan Taksim?Saya berasa amat musykil sekali.Sudah berkali-kali saya mencari makna-makna perkataan ini di dalam kamus dewan tetapi tidak juga saya ketemui.Saya harap saudara dapat menolong saya. Terima Kasih. | Saudara Fakrul, Pihak kami juga tidak dapat memberikan makna perkataan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Kami mencadangkan saudara menghubungi urus setia pertandingan untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut. | Makna | 22.10.2010 |
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastian | Merujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Senarai Majalah dalam kategori i) Sukan ii) Kereta iii) Hiburan | Majalah DBP tidak ada dalam kategori sukan, kereta, dan hiburan. Yang ada hanyalah kategori kanak-kanak, remaja, dan dewasa; serta bidang: Bahasa, Sastera, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains dan Teknologi,dan Ekonomi dan Perniagaan. | Lain-lain | 19.01.2008 |
apakah kategori kesalahan bagi perkataan "diganggu-ugut" | Salam sejahtera, Tidak wujud frasa 'diganggu-ugut' dalam bahasa melayu. Yang ada hanyalah perkataan diganggu-gugat merujuk kepada mengganggu-gugat mengganggu dan mendakwa, memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan. | Makna | 07.11.2012 |
Apakah kategori perkataan "tanpa" Contoh: Dia melaksanakan tugas itu tanpa masalah. Adakah "tanpa" ialah Kata Sendi atau Kata Hubung? Sekian, terima kasih. | Puan Masitah, Dalam ayat yang dikemukakan perkataan "tanpa" ialah kata sendi. | Tatabahasa | 05.02.2010 |
Assalam,tuan.Saya berharap agar lebih banyak pertandingan menulis esei dianjurkan dBP pada masa akan datan bagi merakyatkan lagi bahasa kebangsaan kepada Pelajar2 Malaysia. | Untuk makluman saudara, setiap tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan Peraduan Mengarang Esei yang terbahagi kepada tiga kategori (3), iaitu untuk Kategori A: kakitangan awam dan swasta, Kategori B: Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan Guru Malaysia, serta Kategori C: Sekolah Menengah. | Lain-lain | 24.06.2010 |
KATEGORI LINGUISTIK | Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Soalan saudara tidak jelas. Jika saudara memerlukan kategori linguistik, sila hubungi Jabatan Linguistik di IPTA. | Makna | 06.08.2007 |
Antara 'pengkomputeran' dan 'pengkomputan', yang mana satu patut diguna? Kategori http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Peranti_output_pengkomputan wujud di Wikipedia. Tapi betulkah namanya? Atau sepatutnya 'Peranti output pengkomputeran'? Saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Kata/frasa yang betul ialah pengkomputeran dan Peranti Output pengkomputeran. | Tatabahasa | 14.10.2011 |
Assalamualaikum, 1. Adakah kata ganda semu termasuk dalam kategori kata ganda dalam Tatabahasa Dewan | Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 25.04.2010 |
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara perkataan klasifikasi. kategori dan jenis? Bolehkan ia digunakan secara bertukar ganti? 2. Apakah padanan yang sesuai untuk frasa 'degree of individualization'? 3.Adakah kendiri dan berdikari membawa maksud yang sama?. Bolehkah ia digunakan secara bertukar ganti? Terima Kasih. | Kasifikasi: 1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan. Kategori: 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah peng guna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah); Jenis: golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa. Kata tersebut tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. Padanan untuk frasa 'degree of individualization' tiada dalam rekod kami. Mungkin "Darjah keperibadian" boleh digunakan. Kendiri bermaksud sendiri dan berdikari bermaksud berdiri atas kaki sendiri. Kata tersebut juga tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. | Makna | 01.07.2009 |