Assalamualaikum. Tuan, Kami dalam proses untuk mengemas kini dokumen-dokumen edaran dalaman di dalam organisasi kami. Buat masa sekarang, terdapat banyak kategori dokumen. Pertanyaan saya adalah bagaimana untuk kami kenal pasti kegunaan/ definisi setiap kategori dokumen tersebut. Kategori-kategori dokumen yang ada adalah: 1. Dasar 2. Polisi 3. Pekeliling 4. Terma dan syarat 5. Peraturan 6. Garis Panduan 7. Panduan 8. Manual 9. Prosedur 10. Tatacara Pada pandangan saya, mungkin terdapat kategori yang tidak perlu digunakan kerana definisi yang lebih kurang sama. Mohon pandangan dan nasihat tuan. Terima kasih. Ahmad Firdaus | Pihak kami tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan definisi, kandungan dan pembahagian bab berkaitan dokumen rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan tersebut, tuan boleh menghubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-8000 8000 atau mendapatkan penjelasan melalui laman web mampu.gov.my | Lain-lain | 30.06.2020 |
Pada beberapa hari yang lepas, saya telah pergi ke Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Negeri Johor. Ketika Pengacara Majlis mengumumkan para pemenang, dia tidak menyebut kategori-kategori yang dipertandingkan tetapi dia menyebut Piala Tahtum, Piala Tahtim, Piala Wainab, Piala Kopak, dan Piala Taksim. Kalau saudar boleh menolong saya apakah maksud Tahtum, Tahtim, Wainab, Kopak, dan Taksim?Saya berasa amat musykil sekali.Sudah berkali-kali saya mencari makna-makna perkataan ini di dalam kamus dewan tetapi tidak juga saya ketemui.Saya harap saudara dapat menolong saya. Terima Kasih. | Saudara Fakrul, Pihak kami juga tidak dapat memberikan makna perkataan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Kami mencadangkan saudara menghubungi urus setia pertandingan untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut. | Makna | 22.10.2010 |
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastian | Merujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Perkataan "untuk" merupakan kategori Kata Hubung atau kategori Kata Sendi Nama? Terima kasih. | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut; a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. | Tatabahasa | 09.02.2018 |
Senarai Majalah dalam kategori i) Sukan ii) Kereta iii) Hiburan | Majalah DBP tidak ada dalam kategori sukan, kereta, dan hiburan. Yang ada hanyalah kategori kanak-kanak, remaja, dan dewasa; serta bidang: Bahasa, Sastera, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains dan Teknologi,dan Ekonomi dan Perniagaan. | Lain-lain | 19.01.2008 |
apakah kategori kesalahan bagi perkataan "diganggu-ugut" | Salam sejahtera, Tidak wujud frasa 'diganggu-ugut' dalam bahasa melayu. Yang ada hanyalah perkataan diganggu-gugat merujuk kepada mengganggu-gugat mengganggu dan mendakwa, memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan. | Makna | 07.11.2012 |
Apakah kategori perkataan "tanpa" Contoh: Dia melaksanakan tugas itu tanpa masalah. Adakah "tanpa" ialah Kata Sendi atau Kata Hubung? Sekian, terima kasih. | Puan Masitah, Dalam ayat yang dikemukakan perkataan "tanpa" ialah kata sendi. | Tatabahasa | 05.02.2010 |
Assalam,tuan.Saya berharap agar lebih banyak pertandingan menulis esei dianjurkan dBP pada masa akan datan bagi merakyatkan lagi bahasa kebangsaan kepada Pelajar2 Malaysia. | Untuk makluman saudara, setiap tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan Peraduan Mengarang Esei yang terbahagi kepada tiga kategori (3), iaitu untuk Kategori A: kakitangan awam dan swasta, Kategori B: Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan Guru Malaysia, serta Kategori C: Sekolah Menengah. | Lain-lain | 24.06.2010 |
KATEGORI LINGUISTIK | Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Soalan saudara tidak jelas. Jika saudara memerlukan kategori linguistik, sila hubungi Jabatan Linguistik di IPTA. | Makna | 06.08.2007 |
Antara 'pengkomputeran' dan 'pengkomputan', yang mana satu patut diguna? Kategori http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Peranti_output_pengkomputan wujud di Wikipedia. Tapi betulkah namanya? Atau sepatutnya 'Peranti output pengkomputeran'? Saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Kata/frasa yang betul ialah pengkomputeran dan Peranti Output pengkomputeran. | Tatabahasa | 14.10.2011 |