Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.til] | کاتيل

Definisi : sj perabot tempat seseorang tidur atau baring, ranjang; ~ bujang katil utk seorang; ~ kelamin katil utk dua orang; bersekatil bersama-sama di atas satu katil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.til] | کاتيل

Definisi : perabot berkaki empat (biasanya dibuat drpd kayu, besi dll) utk tempat tidur; ranjang. ~ bujang katil utk seorang. ~ kelamin katil utk dua orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri?

Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24.  Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. 

Tatabahasa25.10.2010
ANTARA YANG BERIKUT PENGGUNAAN TANDA BACA KOMA MANAKAH YANG LEBIH TEPAT?. DI RUMAH SAYA TERDAPAT KERUSI, MEJA, KATIL DAN ALMARI.. ATAUPUN DI RUMAH SAYA TERDAPAT KERUSI, MEJA, KATIL, DAN ALMARI.Ayat yang betul ialah "Di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari."Tatabahasa01.04.2010
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini? Adakah apa-apa perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut?Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa22.07.2013
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini???Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa16.07.2013
bolehkah kata penguat ditulis serangkai contoh ayat Setelah jatuh dari katil, Ahmad magalami kesakitan yang amat sangat. Terima kasihDalam tatabahasa bahasa Melayu, tidak ada kata penguat "amat sangat", "amat sungguh" dan "sungguh sangat". Penggunaannya adalah salah satu daripadanya dan tidak ada gabungan, contohnya amat, sungguh dan sangat. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  Tatabahasa02.08.2010
1. Mak Siti sayang (pada/ akan/ kepada) anaknya. 2. Ali patuh (pada/ akan/ kepada) peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat sangat cantik. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? (merujuk kepada TD Edisi ke-3, "pada" tidak boleh digunakan di depan kata nama yang bermaksud sasaran, adakah pada dalam soalan 1 tidak boleh digunakan di depan anaknya?)

Ayat yang betul ialah: 1. Mak Siti sayang akan anaknya. 2. Ali patuh pada peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat cantik / sangat cantik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, rujuk halaman 274, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa08.08.2010
Saya memerlukan pada 19/03/11 Saya ingin tanya bahawa ayat di bawah betul atau salah? Jika salah, berikan yang betul. 1.Setiap tugasan yang diberikan, kita harus melakukan dengan penuh dedikasi. 2.Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum tatabahasa. 3.Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil.

Ayat yang betul ialah:

1.Setiap tugasan yang diberikan, kita harus lakukan dengan penuh dedikasi.

2.Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum tatabahasa.

3.Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil.

Tatabahasa18.03.2011
(a)Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari kati? Adakah ayat tersebut gramtis? (b)Adik terbangun (dari / daripada) tidur kerana dentaman mercun? terima kasih.Ayat yang betul ialah A. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil    B. Adik terbangun  daripada tidur kerana dentaman mercunTatabahasa19.08.2009
saya masih tidak berpuas hati mengenai jawapan yang di berikan berkaitan soalan saya yang bertarikh 1/04/2010. Adakah pihak dbp membuat perubahan terhadap penggunaan tanda baca koma dalam menghuraikan sesuatu perkara?. contohnya:warna na kegemaran saya ialah biru, merah, kuning dan hitam. saya mendapat jawapan seperti berikut: di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari. Jawapan tersebut ternyata jauh berbeza dari yang saya pelajari di sekolah. sila jelaskan.

Saudara Shahfizan,

Bagi penyenaraian yang setara atau sama tanda koma tidak digunakan sebelum kata sendi nama dan. Contoh: Warna biru, merah, kuning dan hitam. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan untuk keterangan lanjut.    

Tatabahasa10.04.2010
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011
12

Kembali ke atas