Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.tung] | کاتوڠ

Definisi : ; terkatung-katung 1. terapung-apung (di air): perahu Pak Kaduk pun hanyutlah ~ ke hulu ke hilir; 2. melayang-layang (di udara); 3. ki tidak pasti (bkn nasib atau kedudukan seseorang, sesuatu perkara, dll), tidak tentu apa yg akan terjadi (apa kesudahannya dsb): hampir setengah tahun lamanya, perempuan muda yg malang itu ~ tidak tentu arah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.tung] | کاتوڠ

Definisi : sj penyu, Dermochelys coriacea; tersenget-senget bagai ~ di bawah reba prb orang kecil yg takut dan malu hendak men­dekati orang besar dan mulia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.tung] | کاتوڠ

Definisi : 1. = katung-katung sj tumbuhan (pokok), belangkan, cucu ikan, kangkatung, kepoyang, keranji, kurang sepat, melangkan, mengketai, Cynometra polyandra; 2. = ~ laut sj tumbuhan (pokok) belangkan, kangkatung bukit, kangkatung laut, Cynometra ramiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.tung] | کاتوڠ

Definisi : ; terkatung-katung 1 tidak tenggelam di air; terapung-apung: Perahu Pak Kaduk pun hanyutlah ~ ke hulu ke hilir. 2 melayang-layang (di udara); terapung-apung: Layang-layang yg putus tali itu pun ~ di udara. 3 ki tidak tentu apa yg akan terjadi: Nasib mereka masih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
katung
Kata Terbitan : terkatung-katung,

Puisi
 

Tanjung Katung airnya biru,
     Tempat orang bermain mata;
Tinggal sekampung lagi dirindu,
     Apa lagi jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009

Kembali ke atas