| adakah kauambil itu ejaan yang betul ? bukankah kau ambil ? | Ayat yang betul ialah adakah kauambil? | Lain-lain | 10.08.2018 |
| maksud perkataan cakna, pewaris | Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. | Makna | 26.04.2009 |
| Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan. | Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
| Selamat sejahtera, Apakah status perkataan 'kecaknaan'? Adakah ia tidak diterima dalam penggunaan ayat? Sedangkan saya melihat banyak contoh penggunaan perkataan tersebut dalam rencana dan berita di surat khabar. Terima kasih. | Cakna ialah kata kerja yang mempunyai maksud ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan kecaknaan boleh dibentuk hasil daripada gabungan apitan ke-...-an dan cakna. | Tatabahasa | 19.08.2019 |
| Assalamualaikum, saya nak bertanya... Adakah perlu letak mengambil walaupun 'cakna' sudah bermaksud ambil berat ? | Perkataan mengambil tidak perlu hadir sebelum kata cakna, contohnya "sayalah yang cakna makan minum ayah kau". | Makna | 02.01.2013 |