| adakah kauambil itu ejaan yang betul ? bukankah kau ambil ? | Ayat yang betul ialah adakah kauambil? | Lain-lain | 10.08.2018 |
| Selamat petang, Betulkah ejaan yang berpangkalkan 'kau' perlu dieja rapat dengan perkataan selepasnya? Contohnya: kauharungi, kauhadapi, kaumengutuk, kaumenerimanya, kauambil Terima kasih. | Kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
| Mohon penjelasan terperinci berkenaan ejaan 'kau'. Ketika mana ia perlu dieja jauh/dekat? Lebih baik lagi jika Tuan/Puan dapat jelaskan apa itu perkataan aktif/pasif. | 1. Kata ganti nama diri kedua "kau" (kependekan engkau) dieja dekat atau bersambung dengan kata kerja transitif dalam ayat pasif contohnya, "kauambil, kaumakan. 2. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan dan -I. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. | Lain-lain | 07.02.2018 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "ku" dalam penulisan puisi. Contohnya : Andai kutahu atau andai ku tahu? Dan bagaimana pula dengan penggunaan elipsis 3 tanda (...) dan 4 tanda (....) dalam penulisan puisi? Adakah ia dibenarkan? | 1. Mengikut pedoman yang sedia ada kata ganti 'ku', 'kau' dan sebagainya ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya dan kata yang mendahuluinya. Contoh: i. Apa yang kumiliki boleh kauambil ii. Bukuku, bukumu dan bukunya. 2. Penggunaan elipsis ditulis dengan tiga titik sama ada dalam puisi atau ungkapan umum. | Tatabahasa | 20.12.2013 |