Salam... Ayat berikut dikatakan ada kesalahan. Boleh pihak tuan nyatakan kesalahan tersebut. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama. | . 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. dibekalkan- perkataan ini tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan yang sesuai ialah ' diberikan'. 2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama. 'masih' kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'tetap'.
| Tatabahasa | 18.09.2012 |
Tuan,Saya nak Tanya adakah struktur ayat ini betul? ❨Para peserta seminar ITU telah diberikan penerangan yang jelas tentang profesyen sebagai kaunselor .❩ Tuan, Sila memberikan keterangan yang selanjutnya dan ayat aktif dan pasif yang sebenarnya. Teeima kasih banyak-banyak.^^ | Peserta seminar telah diberikan penerangan yang jelas tentang profesion sebagai kaunselor. | Tatabahasa | 06.04.2015 |
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA | Tajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA. | Tatabahasa | 20.08.2019 |
Mohon maklumbalas pada penterjemahan saya pada ayat berikut: (Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counseling) Mendokong sebagai seorang kaunselor sekolah yang profesional dan menyatakan dengan jelas tujuan serta matlamat kaunseling sekolah. Terima Kasih. | Advocate for myself as a professional school counselor and articulate the purposes and goals of school counselling. Menyokong saya sebagai seorang kaunselor sekolah yang profesional dan menyatakan dengan jelas tujuan serta matlamat kaunseling sekolah. | Tatabahasa | 15.08.2014 |
Boleh saya tahu penggunaan tanda petik (''....") yang betul untuk ayat dua perenggan? Contoh ayat seperti di bawah: "Dah bermacam ikhtiar saya lakukan, jumpa bomoh, sembahyang hajat, jumpa kaunselor... tapi semuanya tidak berhasil. Pada hal anak saya ini dulu sekolah agama dah..." "Tolonglah encik selesaikan masalah anak saya ni. Kalau boleh saya mahu masukkan dia ke Raudhatus Sakinah." | Penggunaan tanda elipsis dalam ayat betul. | Tatabahasa | 29.06.2013 |
interaksi | Menurut Kamus Dewan perkataan interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; | Lain-lain | 05.08.2007 |
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk | Ayat ini betul: 1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada para pekebun kecil. 4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. | Tatabahasa | 21.08.2014 |