Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meja panjang tempat melayani per­tanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kpd pelanggan, atau barang-barang dipamerkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaunter I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum, Yang mana satu lebih tepat, kaunter bayaran atau kaunter pembayaran?Frasa yang betul ialah "Kaunter Pembayaran".Tatabahasa21.02.2013
1. Apakah perbezaan makna cawangan dan kaunter ? Adakah betul sekiranya menggunakan kenyataan sprt. berikut : Kita ada 24 buah kaunter di seluruh Selangor atau Kita ada 24 buah (penjodoh bilangan buah, sesuai atau tidak) cawangan di seluruh Selangor. Apa yang saya tahu kaunter adalah salah satu komponen di sebuah premis atau cawangan atau pejabat.Tambahan pula di cawangan,sekurang-kurangnya ada 3 kaunter . sekiranya begitu 24 x 3 = 72 kaunter. Harap pencerahan dari pihak DBP.

Salam saudara/saudari,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cawangan merujuk kepada  bahagian daripada sesuatu yang lebih besar (daripada persatuan, pertubuhan dan syarikat.) Manakala kaunter membawa maksud meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kepada pelanggan atau barang-barang yang dipamerkan.

Penggunaan penjodoh bilangan 'buah' sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat.

Tatabahasa03.08.2012
1. kaunter pinjaman / peminjaman 2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas / hingga kemas.Ayat yang betul ialah: 1. kaunter pinjaman   2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas,  dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. Tatabahasa31.03.2010
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul?Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa10.08.2007
definisi perkhidmatan dan definisi kaunter?Terima kasih soalan yang dikemukakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat- perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas) 2. kerja (usaha, kemudahan, dll.) manakala kaunter ialah meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urusniasa dijalankan atau tempat barang yang dipamerkan.Lain-lain25.08.2008
Yang Manakah perkataan yang betul 1) Layan Diri 2) Layanan KaunterKedua-dua istilah tersebut adalah betul. Istilah layan diri diterjemahkan daripada 'self-service' manakala layanan kaunter adalah terjemahan daripada 'counter service'.Istilah10.01.2007
1. Apakah procedure untuk signage approval? 2. Apakah dokumen yang perlu dibawa? 3. Apakah nama Kaunter atau blok untuk urusan signage approval? 4. Waktu urusniaga kaunter?

Ssaudara/ saudari boleh fakskan iklan kepada kami atau datang ke tingkat 25, Menara DBP. Petugas akan mengesahkan iklan saudara/ saudari. Dokumen yang diperlukan ialah visual yang hendak disahkan.

Lain-lain02.03.2010
Definasi kaunter bersepaduSatu tempat khusus untuk melayani pertanyaan tetamu, atau tempat urus niaga dijalankan, atau tempat makanan disajikan kpd. pelanggan, atau tempat barang-barang dipamerkan, yang pelaksanaannya dikawal secara terpusat dan dikendalikan dengan sistematikMakna10.05.2005
untuk paparan di kaunter pertanyaan yang mana sesuai" boleh kami membantu anda?" "anda perlukan bantuan?" atau ayat lain yang bersesuaian.Ayat yang sesuai ialah "Bolehkah kami membantu anda?" dan "Anda perlukan bantuan?"Tatabahasa29.01.2009
Untuk kuantiti, perkataan yang sesuai menunjukkan peningkatan/penurunan. Sebagai contoh: kenaikan kuota atau penambahan kuota bagi: i. bilangan anggota/pegawai/calon ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) iii bilangan kaunter iv. perkhidmatan Diharap pihak tuan dapat membantu bagi tujuan urusan surat-menyurat Jabatan. Terima kasih.Mungkin apa yang dimaksudkan oleh saudara ialah “penjodoh bilangan”i. bilangan anggota/pegawai/calon – orang, cth.: seorang pegawai, dua orang calon.ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) – buah, cth.: Sebuah kereta, tiga buah motosikal.iii. bilangan kaunter – buah, cth.: sebuah kaunter.iv. perkhidmatan – buah, cth.: sebuah perkhidmatan.Tatabahasa09.02.2009
12

Kembali ke atas