Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Eko) saham yg disenaraikan di bursa saham, mis kaunter Tenaga Nasional Berhad bererti saham syarikat ini disenarai­kan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaunter II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul?Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa10.08.2007
Untuk kuantiti, perkataan yang sesuai menunjukkan peningkatan/penurunan. Sebagai contoh: kenaikan kuota atau penambahan kuota bagi: i. bilangan anggota/pegawai/calon ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) iii bilangan kaunter iv. perkhidmatan Diharap pihak tuan dapat membantu bagi tujuan urusan surat-menyurat Jabatan. Terima kasih.Mungkin apa yang dimaksudkan oleh saudara ialah “penjodoh bilangan”i. bilangan anggota/pegawai/calon – orang, cth.: seorang pegawai, dua orang calon.ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) – buah, cth.: Sebuah kereta, tiga buah motosikal.iii. bilangan kaunter – buah, cth.: sebuah kaunter.iv. perkhidmatan – buah, cth.: sebuah perkhidmatan.Tatabahasa09.02.2009

Kembali ke atas